ROTI

Salam sejahtera buat semuanya..lama betul Ita tak berkesempatan untuk meng update kan entry.. akibat dari kekangan tugas seharian. Terpaksalah membiarkan minat yang satu ini berkubur untuk sementara waktu. Namun kalau dah minat tu tentunya tak akan kemana.. akhirnya kedapur juga aku..he..he.. Untuk kali ini Ita akan mengongsikan resepi ROTI yang Ita telah buat beberapa minggu lepas. Selalunya rotilah yang menjadi hidangan anak-anak waktu petang atau pagi sebelum ke sekolah. Apa pun santapannya, haruslah kita bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi berbanding dengan manusia yang malang yang tidak mempunyai makanan. Jom..! kita tinjau resepinya..

ROTI


Bahan-bahannya:

500gm tepung gandum (Ita guna cap blue key)
500gm tepung high protein
13 gm yis segera
2 sudu kecil garam
500 ml susu segar
2 biji telur
2 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu bread impover yang dicampur softener (Ita beli yang siap campur)
Inti kacang merah secukupnya.

Caranya:

  1. Campurkan telur dengan susu segar... dan masukkan kedalam mesin pengadu.
  2. Masukkan garam.
  3. sementara itu, gaulkan yis, tepung gandum, tepung berprotin tinggi, garam dan bread improver+ softerner.
  4. Masukkan kedalam mesin pengadun tadi.
  5. Adunkan bahan tadi sehingga lembut. Dan..biarkan 1 jam.
  6. Bila naik sekali ganda, tumbuk2 kan supaya keluar angin.
  7. Bentukkan mengikut kesukaan anda dan masukkan inti kacang merah.
  8. Letakkan atas dulang pembakar. OOiip!! jangan bakar dulu..sabar..biarkan 1 jam gitu..atau naik sekali ganda.
  9. Akhirnya..baru lah boleh bakar ya..selama 15 minit je..
OKEY SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts