BISKUT NESTUM COCOCRUNCH

Assalamualaikum, .. salam sejahtera ya... semalam tak sempat nak update.. hari ini habis keja..sampai rumah jam 7.00 petang... emm..letih gak ya..musim-musim ni..jalanraya pun jem giler.. Ita pula kebetulan hubby takde..apalagi..ringkas je masakan hari ni. Ita pun ada beli jugak sedikit juadah berbuka memandangkan sampai di rumah dah agak lewat. Masak pn simple sangat2..tapi puas hati sebab buat sendiri kan. Kena pula dengan ulam dan budu.. aduhs..gandingan mantap gitu..

Apapun..sempena musim raya macam ni..ramai teman-teman sms minta Ita update kan resepi biskut. Jadi untuk tidak menghampakan teman-teman.. Ita sediakan resepi yang memang dah ada dalam koleksi Ita.  Biskut Nestum Cococrunch dan Cheese Cookies menjadi pilihan Ita kali ini. Insyaallah, Ita akan cuba update kan lagi nanti.. semuga apa yang Ita kongsikan ini menepati citarasa teman-teman.







BISKUT NESTUM COCOCRUNCH
 
Bahan-bahan:
220gm     Mentega
  40gm     Shortening
120gm      Gula halus
  70gm     Tepung jagung
250gm     Tepung gandum
 ½ sdt      Baking Powder
40 gm      Nestum
40 gm      Coco Crunch- Dimesin Halus
40 gm      Croquant

Cara-Cara:
1.   Pukul mentega, shortening dan gula hingga sebati.
2.  Masukkan semua bahan –bahan kering.
3.  Gaul sebati.
4.  Canai dan terap mengikut bentuk kesukaan.
5.  Sapu kuning telur dan tabor nestum.
6.  Bakar dengan api 1600C selama 20 minit.

Hiasan:

Sapu Kuning telur dan tabor nestum sebelum dibakar.

Comments

Popular Posts