MEE KARI

Assalamualaikum...

Apa khabar semua... emm bestnya bila berhujung minggu. Nikmat Allah yang tak ternilai..dapat berkumpul bersama keluarga. Aktiviti pagi Ita adalah bersama suami di TESCO. ya lah..masa untuk mencari stok barang dapur untuk seminggu. Hari ini banyak barang yang dijual dengan harga yang murah, antaranya Lamb Shoulder Chop, Ikan Siakap dan Talapia. Hmm..memang berbalai betul keluar rumah awal-awal..dapat barang segar...

Hari ini, Ita nak sertakan resepi mee kari yang Ita buat beberapa hari lepas. Hubby Ita yang kuat makan ni...nak makan mee kari sebelah malamnya. Kebiasaannya dekat Kota Bharu, sebelah malamnya banyak terdapat kedai-kedai yang menjual berbagai jenis colek, colek buah, colek kerang, rojak ayam dan colek perut dan paru-paru. Memang ramai peminatnya.. macam tempat perlawanan bola. Tapi dek kerana hubby Ita tak berapa gemar keluar malam, terpaksa lah Ita luang sedikit masa untuk sediakan makanan kegemarannya..mee kari...


Bahan-Bahannya:

Bahan A:
1 bungkus mee kuning - dicuci dan toskan
2 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
2 batang sawi - dicelur
1 cawan taugeh - dicelur
1 cawan isi kerang - dicelur 
2 biji cili merah - dihiris
limau nipis - dibelah 2
sedikit bawang goreng
daun sup dan daun bawang - dimayang halus

 Bahan B:
1/2 ekor ayam sederhana besar
2 cawan santan pekat
2 1/2 liter air
1 1/2 camca teh garam
1 kiub pati ayam
2 sudu kari babas
1 sudu kari biasa
3 tangkai daun kari
5 biji awang merah    }
5 biji bawang putih   } dikisar bersama sedikit air
1 inci halia          }
1/2 kilo udang
2 kuntuk bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 keping asam gelugor (boleh juga guna asam jawa)
sedikit minyak untuk menumis



 Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi.
  2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh tadi. Tunggu hingga naik bau. 
  3. Masukkan semua bahan B kecuali ayam, udang, air dan santan.
  4. Masukkan ayam, perlahan kan api..tunggu hingga ayam empuk.
  5. Masukkan santan dan air. Kacau perlahan-lahan.
  6. Bila mendidih, masukkan udang.
  7. Bila udang masak, boleh lah diangkat dan hidang bersama-sama bahan A tadi.

Comments

Popular Posts