BANANA CUP CAKES


 Salam sejahtera buat teman-teman semua... semuga anda semua dalam keadaan yang sihat walafiat. Syukur..syukur..alhamdulillah kita masih dapat bersama dan dapat lagi melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran kita tanpa ada apa-apa halangan. Dengan seikhlas mungkin kita cuba lakukan pekerjaan kita, insyaallah akan  terlihat hasilnya. Untungnya.., Ita mempunyai suami yang amat-amat memahami hobi dan kehendak Ita. Syukur alhamdulillah..

Dalam hidup kita tak mungkin kita tak pernah menemui masalah dan menemui orang-orang yang memberi masalah kepada kita. Cuma..cara kita menanganinya akan memberi impak kepada kita. Ita.., sememangnya tak mahu terlalu memikirkannya dan cuba hindari orang-orang seperti ini dalam hidup Ita. Ita selalu meletakkan ujian Allah sebagai dugaan yang harus kita tempuhi, barulah kita akan reda dan tenang. Alhamdulillah, Ita sentiasa mengharapkan doa ibu agar kita berada dalam keberkatan. Juga syukur kerana Ita dikurniakan Allah seorang ibu yang amat penyayang dan selalu mendoakan kesejahteraan Ita.

Hubby selalu bertanya Ita, kenapa masih menerima tempahan walaupun sudah menpunyai kerjaya yang baik. Ita selalu menjelaskannya yang masak memasak ini adalah hobi yang terlalu mendalam kepada Ita. Ita memang obses..Lastly dia memahami.. dan meredai bila mana dapur Ita tak pernah kering dengan makanan..he..he..

Juga pernah seorang kawan berkata" saya tak akan menyusahkan diri untuk memasak setelah penat seharian saya bekerja.. saya mahu berehat dan menonton tv saja bila pulang dari kerja....". Dan..Ita hanya tersenyum.. ya ..terpulang lah..saya memang merindui dapur saya setelah seharian saya berada di luar rumah.

Panjang pula cerita Ita kali ini.., macam penglipurlara lah pulak ya...

Jom kita semak resepi Ita hari ini. Ita update kan banana cup cakes yang ditempah seorang teman semalam untuk jualan badan amal di Pasir Mas. Terima Kasih Kak Ha kerana ingatkan Ita, bila ingat cup cakes..he..he..

BANANA CUPCAKES

Bahan-bahannya:
100 gm gula halus  (A)
250 gm mentega
6 biji kuning telur
3 biji pisang montel - dikisar
1 camca teh esen pisang
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/3 sudu teh soda bikarbonat
6 biji putih telur
1/3 sudu kecil cream of tartar
80 gm gula halus (B)


 Cara-caranya;

  1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan esen pisang kacau sebati.
  3. Masukkan kuning telurdan putar sebati.
  4. Masukkan pisang yang telah dikisar tadi, ketepikan.
  5. Dalam bekas lain, pukul putih telur, cream of tartar dan gula (B) hingga kembang. Pastikan kembang ya..nak tahu ia cukup kembang..cuba angkat hand mixer tu..kalau tak jatuh meleleh tu,..maknanya dah kembang lah tu...
  6. Ambik adunan mentega tadi dan  masukkan kedalam adunan putih telur.
  7. Last part, gandum diayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat. 
  8. Masukkan kedalam adunan tadi dan gaul sebati. Masukkan kedalam piping beg dan paipkan kedalam papercup. Guna papercup yang cantik2 ya.. Ita suka corak kartun dan bunga ros..sweet je nampak..
  9. Bakar selama 20 minit dengan api atas bawah.
  10. Bila masak, sejukkan dan hias dengan aising butter cream mengikut citarasa. Haa..part ni la yang best..menghias dan menghias

Aisingnya Ita dan update kan  sebelum ni ya...cuba check tengok dalam resepi sebelum ni..aising butter cream..
Add caption
SELAMAT MENCUBA....  Jangan tak cuba...sedap...

Comments

Popular Posts