GULAI LEMAK SIPUT

Assalamualaikum..apa khabar?? Lama Ita tinggalkan blog ni ya.. bercuti bersama keluarga beberapa hari ni membuatkan Ita tak sempat nak buka blog ni.. Tak sabar-sabar untuk pulang ke rumah.., memegang periuk belanga setelah berada diluar kawasan..yang setiap hari makan nasi di kedai.. uuh!! sekali sekala mungkin tak mengapa.. tapi..bila berkala-kala.., rasa rindu pada kuali dan periuk di rumah akan bermain-main diminda juga.

Bila sampai dirumah dah fikir nak masak apa.., nak masak apa setelah 5 hari tak masak.. Semasa balik dari Baling, Kedah..Ita singgah di rumah mak di Machang.. Mak Ita bekalkan siput yang dikutip oleh ayah dan adik Ita. Aduhs!! bestnya Gulai Lemak Siput. Kebetulan musim ni..banyak lah siputnya... wah...sedap betul kalau Gulai Lemak ni.. lalu terjadi lah apa nak jadi...he..he..


Bahan-bahannya:
1.5 kg Siput - dibuang ekornya - cuci bersih2
1 cawan santan pekat @ 250ml
1 ikat daun kadok (mcm dlm gambar kat atas tu..) 
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Bahan kisar:

1.7 liter air 
5 biji bawang merah
5 biji cili kering
2 inci lengkuas
3 inci kunyit 

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam  periuk.
  2. Masak dan kacau tanpa henti dengan api yang sederhana. Masukkan santan.
  3. Masukkan garam dan gula, kacau.
  4. Bila mendidih masukkan siput. Bila siput masak, masukkan daun kadok.
  5. Sesuaikan rasa, angkat dan hidang.
 Okey..SELAMAT MENCUBA


 

Comments

Popular Posts