PAI TEE

ASSALAMUALIKUM,  Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. tip tap...tip tap.. masa berlalu..pantas sekali. Aduhs!! dah nak masuk bulan september..dah.. Banyak lagi agenda bulan August yang tak siap. Apakan daya nak tak nak kena masuk jugak September walaupun August kata jangan pergi lagi..jangan pergi lagi.. selamat tinggal August..semuga August tahun depan ketemu lagi..  Emm.. September banyak kenangan kah, tiba-tiba teringat lagu Ingatan Manis Dibulan September nyayian biduanita allahyarham Datuk Sharifah Aini.. nyanyian allahyarham memang mengusik kalbu betul lah..layan dulu lagu september ni..sebagai pembuka tirai september nanti..



INGATAN MANIS DI BULAN SEPTEMBER

Ku masih ingat
Perkenalan ku di bulan
September, September

Kau merenungku
Dan mengukir senyum mesra
Padaku, padaku

Perkenalanku ini semakin erat
Saling bertemu
Melepas rasa rindu

Dibelai belai
Dikucup kucup mesra
Rambutku, pipiku

Aku terlena
Terbuai dalam pelukan
Mesramu, mesramu
Hati riang gembira
Tiada terkira
Terasa dunia ini kita yang punya

Kau jadi teman hidupku
sayangku selalu ku nantikan
Takkan hilang 
Kenangan manis bagiku
kau tunjukkan
kasih sayangmu selalu

Ku gembira
Berdampingan denganmu
September selalu ku nantikan
Ku nanti nanti
Selalu ku nanti nanti
September dengan mu

Ha.. macam mana..sedap lagu september kan.. emm..okey-okey..balik kita ke dapur kan. Nanti asyik dengan lagu september ni periuk belanga entah kemana, balik En Suami nak makan apa.. ha..ha.. mogok lah si dia. Mahu tak nak cakap 1 hari..ya tak..? Mr Hubby pergi kerja penat-penat.., hmm..orang rumah asyik masyuk  dengan lagu september lak..

Jom kita fikir nak masak apa hidangan petang untuk Sang Arjuna ku ..

Okey...dah habis fikir.. apa kata kita masak Pai Tee. Biasa makan Pai Tee tak? First time Ita makan masa tahun 1986..he..he.. lama kan.. ingat lagi sebab masa tu Ita tak pernah jumpa dan makan makanan ni sebab kat Kelantan tak pernah jumpa pun..Tak dok lasung..ore jual.. Jadi gak bila sampai tempat orang jumpa makanan ni rasa pelik lah.. Rupa rupanya sedap. Meh..!! mari Ita ajar cara nak buat.. eehh..sedia bahan-bahan dulu..



PAI TEE

Untuk mangkuk pai tee

180gm tepung beras
50 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1    biji telur ayam
1/2 sudu kecil air kapur
1sudu kecil garam
350 ml air

Inti :

1/2 biji karot- di sagat
1/2 biji timun - di sagat
1/2 biji sengkuan - disagat
sedikit udang kering -basuh dan cincang halus
1 biji bawang besar- dicincang
sedikit
Minyak untuk menumis
garam secukupnya

Cara-caranya:

untuk Pai Tee




Campurkan semua bahan, kacau guna whisk supaya ia tidak berketul-ketul.








Setelah itu panaskan minyak. Rendam acuan dalam minyak panas sekejap.
Kemudian celupkan acuan pai tee kedalam adunan.









Goreng pai tee hingga warnanya keemasan. angkat. Ulang hingga habis.










Okey dah siap. Ketepikan. Kalau ambik masa lama sangat untuk buat inti, seeloknya simpan dalam bekas kedap udara dahulu untuk memelihara kerangupannya.




JOM KITA BUAT INTI PULA...










sediakan bahan-bahannya.






Panaskan minyak, bila minyak panas, masukkan bawang besar dan bawang putih.














masukkan udang kering.










Masukkan garam dan serbuk perasa.
gaul rata.










Masukkan sengkuang dan carrot.
biar layu sekejap.












Akhir sekali masukkan timun. kacau rata-rata dan angkat.







Sediakan kulit untuk diletakkan intinya.



Resepi ini Ita ambil dekat blog Che Mat Gebu. Sebab bila Ita tengok resepinya tak sama dengan Ita punya. Ita cuba nak rasa kelainan sikit, so kali ini Ita nak ucapkan terima kasih kepada Che Mat Gebu dengan Pai Tee nya dan sedap ini. Pai Tee yang biasa Ita buat, Ita tak goreng inti nya, Ita gaul sayur tu..segar-segar macam tu je. Oh ya..lupa untuk sos nya pula cuba tengok sos Ita yang simple ini ya..


SOS:

6 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
3 sudu gula
3 sudu cuka
1 sudu kecil garam

Caranya: masak diatas api perlahan, biar gula hancur-bolehlah diangkat.



okey bye..selamat mencuba.

Comments

Popular Posts