BAKAR JAGUNG

BAKAR JAGUNG UNTUK BREAKFAST..




Assalamualaikum..  salam sejahtera untuk semua. Lama tak meng update blog ni. Nak kata sibuk.., tak jugak. Malas tu.. ada la..hi..hi.. yang tu memang penyakit tiada ubat.., semua orang tahu. Penyakit ni.. memang bahaya. kalau dibiarkan lama-lama memang parah. Nak mengubati nya pun memang senang jugak. Cari semangat, insyallah.. sembuh.

Cakap dengan hubby, nape lah semangat hilang je tetiba. Macam tak de bateri je.. Hubby pulak cakap balik kat Ita. La.. kita kan manusia, bukan robot.. Ada hari-hari nya kita akan macam tu.. Kalau tak de mood untuk berblog tu..jangan paksa diri. rehat ajer.. layan novel-novel umi tu.. La.. gitu pulak nasihatnya.. Makin parah gini..


Namun pagi ni.. Ita sempat jugak buat breakfast untuk suami.. bukan Ita buat sorang.., hubby yang tolong. Lepas subuh tadi.. Ita ke dapur, hubby assistantnya..hi..hi.. Buat kuih kegemarannya. Bakar jagung. Hubby memang peminat tegar kuih-kuih lama ni.. Ita pulak tak rasa terbeban sangat kerana kuih ni senang sangat,..   jadi.. takde masalah lah. 

Meh kita tengok apa yang Ita campak-campak kan hingga terjadinya kuih ni..

KUIH BAKAR JAGUNG

1 tin jagung krim
2 cawan gandum
1 kotak santan KARA (Ita suka brand ni..)
3 cawan air
2 1/2 cawan gula
sedikit pewarna kuning
6 biji telur
secubit garam

Cara-caranya:

  1. Sediakan loyang. Ita guna dua loyang seperti dalam gambar kat atas tu.
  2. Sapukan minyak pada loyang dan panaskan oven.
  3. Semua bahan-bahan di atas di campur sekali kecuali jagung dan kacau rata.
  4. Tapiskan. Masukkan jagung krim. Kacau sebati.
  5. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 1 jam dengan suhu 170C.
  6. Bila masak, tunggu hingga sejuk dahulu baru lah boleh dipotong.

Siapa kata susah.. tak susahkan? Jadi jangan tak cuba ya..


SELAMAT MENCUBA..























Comments

Popular Posts