KUIH TAKO
KUIH TAKO YANG SEDAP..
Gunting satu pada pangkal nya seperti gambar sebelah.
Teruskan melipat menjadi kotak. dan hujung yang dipotong separuh tu dimati kan stapler kan ya.
Assalamualaikum, salam sejahtera untuk semuanya. Alhamdulillah..ketemu lagi kita . . Akhir-akhir ni..hanya kuih tradisional sahaja menjadi hidangan petang Ita setiap hari. Ya lah.. hidangan yang mudah dan tak memerlukan Ita berlama-lama didapur. Situasi Ita yang tidak berapa baik memerlukan anak -anak menolong Ita, jadi Ita tak mahu membiarkan anak-anak Ita mengambil masa yang lama untuk menolong Ita di dapur, jadinya Ita buat aje menu yang ringkas-ringkas sahaja. Seperti kuih tako ini, Ita hanya meminta anak-anak yang siapkan mangkuknya yang diperbuat dari daun pandan. Kebetulan hubby pergi ke rumah mak Ita, jadi dia bawa balik daun pandan yang agak banyak menyebabkan Ita rasa baik buat kuih Tako.
Tako Ita kali ini memang kena dengan selera hubby dan anak-anak. Tapi sebenarnya, anak-anak Ita dan suami tak cerewet sangat tentang makan. Cumanya kalau anak lelaki tu.. ke arah western food sikit, namun dia tetap menyentuh juga walau sedikit kuih kuih lama.
Jom lah kita semak resepinya ya. Nak membuatnya bukan lah susah sangat. Lagi pun tak perlu kukus seperti tepung pelita. Masukkan dalam mangkuk pandan terus sejukkan. Paling mudah kalau kita tak mempunyai banyak masa.
Berikut Ita tunjukkan sekali cara membuat mangkuk tako ya.
KUIH TAKO
BAHAN A
3 sudu besar penuh tepung how kwee pandan
6 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan air
1 cawan sengkuang yang dipotong dadu
beberapa titik pewarna hijau
BAHAN B
3 sudu besar tepung how kwee pandan
1/2 sudu besar gula
2 cawan santan
1 sudu teh garam
Cara-caranya:
- Sediakan bahan A.
- Masukkan semua bahan A kecuali sengkuang ke dalam periuk.
- Masak diatas api perlahan. Kacau hingga pekat.
- Masukkan potongan sengkuang ke dalam mangkuk pandan.
- Masukkan adunan tadi kedalam mangkuk hingga separuh sahaja.
- Kemudian sediakan bahan B.
- Masukkan semua bahan-bahan B ke dalam periuk dan masak di atas api perlahan hingga pekat.
- Curahkan ke dalam mangkuk pandan tadi.
- Biarkan sejuk dahulu, kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam peti.
- Sedap dimakan bila sejuk.
Berikut Ita sertakan cara membuat mangkuk pandan ya.
Ukur daun pandan 20 cm kalau besar 22 cm ya..
bahagi kepada 5 bahagian dan lipat kemudian gunting separuh di setiap lipatan itu. seperti gambar di bawah.
Gunting satu pada pangkal nya seperti gambar sebelah.
Teruskan melipat menjadi kotak. dan hujung yang dipotong separuh tu dimati kan stapler kan ya.
Ini lah hasilnya. Daun pandan Ita ni agak besar sedikit. Jadi panjang nya lebih sikit dari 20 cm.
Okey itu saja perkongsian Ita untuk malam ini. semuga ia memberi manafaat kepada anda.
Assalamualaikum..dan selamat malam ya..
Comments
Post a Comment