LEPAT UBI KAYU


Assalamualaikum.. selamat malam ya.. Pertama-tama nya, Ita nak minta maaf sebab pada resepi Ita, Kuih Bakar Jagung tu.. tertinggal satu bahan penting iaitu gandum yang sepatutnya Ita masukkan 2 cawan. Ita dah updatekan, tapi Ita nak minta maaflah ya sebab memang Ita tak perasan pun, padahal dah beberapa kali baca balik selepas taip tu.. Maaf sekali lagi. Nasib baik ada yang perasan Ita tak masukkan tepung gandum tu.., dah la bahan tu adalah bahan yang paling penting sekali.. Terima kasih Kak Ida ya..

Hari ni Ita buat kuih Lepat Ubi Kayu. Bila masuk dapur tu,.. terpandang ubi kayu yang banyak. Pemberian kawan hubby. Takut membazir pulak, kalau dibiarkan disitu. Tambah-tambah lagi teringat pulak kat hubby.., dia sangat suka kan kuih-kuih lama ni. Takpe lah dia tak ada pun, Ita makan untuk dia..., hi..hi..


Ma (Mak Ita) dulu pun suka buat kuih ni jugak. Semalam bila call dia mintak resepi kuih ni dengan dia, ma pun rasa pelik. Ya lah.. kuih ni bukan pebret kita pun.., macam mana boleh tersuka pulak.  Besar betul pengaruh hubby ni. Dulu masa duduk dengan ma, tak pulak suka tapi bila duduk dengan hubby ni.., jadi tersuka pulak. sebab tu.. kita tak boleh kata kat orang.. lama-lama Allah terbalikkan kat kita pulak. Ita cukup ingat ayat tu..


Tapi.. rupa-rupannya.. buat sendiri, kena pulak resepi ma.., aduhs!! sedap betul lah. sampai berbiji-biji makannya. Adam yang makan western food pun boleh suka... Hubby kalau baca blog ni.., telan air liur aje lah ye.. abang balik esok tinggal daun pisang aje..hi..hi.. Bila hubby call tadi.., dia kena pergi ke Johor pulak.. lagi lah lambat dia balik. Sangkanya bila habis kat Putra Jaya hari ni.., esok boleh terus balik.., rupanya kena ke Johor pulak.. alahai.. siannya. Dah lah mesej kita tadi suruh tidur awal2..,  dia pun tahu.. Ita memang penakut.. Ita akan tidur bila betul2 mengantuk kalau dia takde.. Takut tersedar tengah malam langsung tak boleh tidur..

Jom kita semak resepinya.

LEPAT UBI KAYU

1/2 kilo ubi kayu - di parut dan perah
3 sudu gula pasir
1/2 cawan santan pekat
70 ml air
3 keping gula melaka
daun pisang secukupnya

Cara-caranya:

  1. Daun  pisang di layurkan di atas api terlebih dahulu. Kemudian dipotong anggaran 13 cm X 6 cm. Panaskan kukusan.
  2. Dalam kuali, masukkan air dan gula melaka. Gula melaka diketuk hancur supaya ia cepat hancur bila dimasak.
  3. Bila gula melaka hancur, masukkan santan dan kacau sebati.
  4. Masukkan ubi kayu dan gula.
  5. Kacau hingga pekat. Angkat dan ketepikan.
  6. Letakkan sesudu adunan ubi di atas daun pisang. Lipat dan susun didalam kukusan.
  7. Kukus selama 15 minit.
  8. Sejukkan sebelum dihidang.

emm..cubalah.. memang sedap..  bye..

Assalamualaikum...


 Hamba Allah..


Comments

Popular Posts