AYAM GULAI DARAT


Assalamualaikum... salam sejahtera. emm..terasa dah beberapa hari Ita tak update blog ni... Kalau kesihatan tak berapa nak baik. Semua mood pun entah ke hutan mana pergi nya.., angin malas dah  tiba..,  nak rehat jer.. masa ni.. Tambah-tambah bila hubby bercuti untuk bawa Ita buat rawatan susulan. Lagi lah malas nak bergerak... semua benda hubby yang buatkan. Masak pun.., dia yang buat..ha..ha.. memang betul-betul rehat.. Tambahan pulak.. dia memang rajin ke dapur. Pantang kalau kita lambat masuk ke dapur time masak.. dia dulu buatkan.. Dia memang macam tu.. kalau time makan.., janganlah kita nak lambat-lambat masuk ke dapur.. memang dapat kat dia dulu lah kalau lambat-lambat..

Hari ni.. Ita nak kongsikan satu resepi gulai. Gulai darat.. Ita jarang buat gulai ni.. sebab permintaan kat rumah ni tak berapa nak ada. Tapi bile memikirkan, lama tak buat gulai darat.. pastu tanya pulak encik suami.., dia kata on ajer.. kita pun proceed lah.. Dek kerana tak berapa sihat sangat.. Ita masak simple jer.. Sayur pun buat.. sayur goreng belacan je.. dipadankan dengan ulam-ulam yang di  cicah budu.. memang cukup mantap lah.. he..he.. ulam dan budu memang tak boleh nak elak. Nak pengsan hidup kalau takde ulam dan budu.

Teringat kat ma (mak)..., next week ma nak pergi kat tempat adik Ita di Australia.. nampaknya ma tak makan budu lah nanti. Sian ma.. ha..ha.. balik nanti tentunya ketagih budu ya amat.. untuk adik kesayangan.. Congrat..dik.. semuga adik dilimpahi nikmat Allah selalu..

Meh lah kita tinjau dulu apakah bahan-bahannya untuk buat gulai darat ni..









AYAM GULAI DARAT

500 gm ayam
500 ml santan
2 sudu rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 keping asam gelugor
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pala
1/2 senduk kecil budu


bahan kisar:

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu ketumbar
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
5 biji lada kering-rendam air panas sekejap

Cara-cara nya :


  1. Ayam dimasuk ke dalam periuk, gunakan api perlahan dan tutup periuk.
  2. Biar ayam separuh masak.
  3. Masukkan santan dan bahan kisar.
  4. Masukkan buah pala, bunga lawang dan rempah kari.
  5. Kacau perlahan-lahan tanpa henti supaya santan tak berketul-ketul.
  6. Masukkan gula, garam dan asam gelugor .
  7. Masukkan budu. Sesuaikan rasa.
  8. Tunggu hingga mendidih dan ayam masak.
Kawan-kawan juga boleh boleh membuat pilihan untuk tidak memasukkan budu jika tak suka makan budu. Ita biasa letak budu dan kurangkan garam. Budu memang dan cukup masin, jadi jangan lah letak garam seperti gulai biasa ya.

kalau nak lebih pedas, juga boleh tambah lada kering tu. Ita seperti biasa, dah di beri amaran oleh hubby supaya kurangkan pedas. Jadi Ita, dalam rumah ni.., hanya Ita seorang yang suka pedas-pedas. Ita tak de geng kalau nak makan yang pedas-pedas.. he..he..

Hingga jumpa lagi... insyaallah.. sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah ya.., insyaallah ada lah tu.. rezeki kita. Bye..

Assalamualaikum....

Comments

Popular Posts