SATA IKAN
SATA IKAN
Assalamualaikum.. apa khabar semua.., harap semuanya baik-baik sahaja. Hari ni.. dekat Kota Bharu..mendung je. Tapi habuk sangat lah banyak, ekoran dari habuk lumpur banjir tempuhari. Ramai yang ke bandar K.Bharu bertutup mulut dan hidung. rata-rata Ita tengok yang mana naik motor tu..pakai mask. Bukan apa.. habuk@jerebu lumpur teruk sangat. Hati-hati ya..penduduk Kota Bharu..nanti di serang batuk dan tak sihat badan. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan. Ita pun, tak mahu keluar rumah kalau tak ada urusan penting.
Semasa Ita ke klinik pagi tadi jalan sangat sesak di Kota Bharu. Tentu ramai yang sedang mencari kelengkapan sekolah anak-anak yang telah rosak semasa banjir. Bagi rumah-rumah yang ditenggelami air tentu banyak barang-barang yang rosak dan terpaksa digantikan dengan yang baru. Banyak lagi kedai-kedai yang melelong barang-barang yang rosak akibat banjir. Juga.., masih banyak pemilik-pemilik kedai yang belum siap sempurna membersih barangan dan kedai mereka.
Sehinggakan kedai karpet pun melelong barangan mereka habis-habisan. Mana tak terujanya., sebidang karpet yang bernilai RM900 ringgit telah dilelong sehingga RM400 sebidang. Alamak... memang menggoda sungguh..
Kita tinggal dulu, cerita banjir yang belum-belum habis lagi tu.. Kita intai apa yang Ita sediakan untuk minum petang ni ya.. Ita buat sata ikan. Jom kita semak resepinya ya.. dah baca resepi tu.. boleh terus buat. Boleh guna sebarang ikan yang ada kat peti ais kat rumah kawan-kawan ya. .
SATA
Bahan-bahannya:
½ kilo ikan
tenggiri
170 gm kelapa
parut
2 sudu kecil
serbuk cili
3 sudu air asam
jawa
Daun pisang
secukupnya
1 sudu kecil
garam
1/2 sudu kecil lada sulah
Buluh yang
dipotong halus- utk dicucuk sata
Bahan cincang:
3 biji cili
merah
1 ulas bawang
putih
2 sm halia
3 biji bawang
merah
Cara-caranya:
- Ikan tenggiri direbus hingga masak.
- Tumbuk Ikan tenggiri dan gaul bersama bahan cincang dan kelapa parut.
- Masukkan garam, serbuk cili, lada sulah dan air asam jawa.
- Bentukkan daun pisang seperti kon dan isi adunan.
- Lakukan hingga habis dan cucuk dengan buluh.
- Bakar sata diatas api hingga masak.
- Bakar diatas pemanggang ajaib pun boleh juga.
Okey.. dah siap. Boleh lah dihidang untuk keluarga tersayang. Ingat!! hidanglah untuk keluarga kita, insyaallah peluh yang keluar demi menghidangkan untuk keluarga tersayang akan mendapat pahala yang berganda tau.. Dan..ternyata bila mereka menikmati air tangan kita , insyaallah mereka tidak akan lupa pada kita walau dimana mereka berada terutama suami dan anak-anak.
Sehingga jumpa lagi ya,..kawan-kawan dan adik-adik semua.
Assalamualaikum..
Selamat Mencuba..
Comments
Post a Comment