SPIRALS IKAN TUNA

PASTA LAGI..


 Assalamualaikum.. Salam sejahtera semuanya. Apa khabar ya.. Ita alhamdulillah.. macam ni lah. Duduk jer atas kerusi lama-lama. Nak berdiri tak tahan dah sakit betis dan kaki. Buat kerja pun banyak sambil duduk. Tak mahu fikir yang banyak-banyak, takut merosakkan mood ajer.. Ita nak jer fikir..yang orang lain lagi teruk sakitnya. Doktor pun dah mengesahkan yang saraf Ita memang dah rosak dan tak boleh diubati lagi dan Ita reda dengan ketentuannya. Ita cuma boleh bertahan dengan ubat untuk mengelakkan sakit Ita tapi ubat Ita tu..buat Ita mengantuk sangat.  Tak perlu Ita memikirkan nasib yang menimpa, lebih baik Ita fikirkan apa yang perlu Ita buat supaya Ita lebih hidup tenang dan gembira.

Walaupun dalam keadaan yang macam ni..Ita masih mampu untuk menyediakan hidangan pagi, tengahari dan malam untuk anak-anak dan suami. Itu kegembiraan buat Ita. Ita tahu.., itu pun dengan bantuan anak-anak juga. Tapi sekurang-kurangnya kami masih lagi dapat menikmati hidangan kegemaran kami bersama-sama. Tak perlu Ita nak fikir berapa lama lagi Allah akan bagi Ita hidup kerana manusia kan tak dapat lari dari kematian. Mati adalah pasti.., hidup..insayaallah kan..

Pagi ini, Ita dan keluarga menikmati hidangan pagi ala barat lagi. nampaknya anak-anak mula menyukai hidangan berbentuk pasta akhir-akhir ini. Mungkin sebab lama Ita tak buat masakan ni.. hampir bertahun-tahun jugak rasanya. Kalau dulu hubby kesayangan Ita, suka sangat dengan spageti.. Jadi setiap bulan, memang masuk lah dalam senarai barangan yang wajib dibeli spageti ni.. Dan gandingannya sos Prego.. Ni nak kena start balik pulak.. Tak pe..kita bagi mereka makan puas-puas.., pastu kita stop setahun pulak...hihihihihi..

Pagi ni.. Ita buat Spirals Ikan Tuna. Kebetulan anak Ita, Avin tu ada belikan spirals dan tengok dalam kabinet dapur ada ikan tuna sos lada hitam.. Ita pun on lah.

Nak sediakannya taklah susah, yang lebih penting ia lebih berkhasiat. Letakkan batang saderi, ditambah dengan oregano dan thyme..aduh.. baunya .. membangkit selera betul..

Makin lama bercerita, menyebabkan anda mungkin tak sempat-sempat nak membuatnya kan. Jadi, tak perlu nak Ita berlengah-lengah lagi lah nampaknya.

Mari Ita tunjukkan bagaimana nak menyediakkannya dan apa kah bahan-bahan yang di perlukannya.

Ita, lebih suka bawang putih, merah dan bawang besar di kupas awal-awal dan banyak-banyak. Pastu simpan dalam tupperware yang freezermate tu.., simpan dalam peti sejuk.

Senang bila nak guna, tak ambil masa panjang untuk menggupas bawang. Teknik ni Ita buat bila start kerja dulu. Ya.. kita kan selalu tak cukup masa dan ia menjadi satu sikap dah hingga lah sekarang. Jadi seminggu sekali, Ita akan kupas bawang untuk stok seminggu. begitu juga dengan cili kering. Oleh keran Ita ni, lebih sukakan cili yang dikisar sendiri, maka Ita akan buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. 

Sebab tu, kalau hari minggu Ita, rasanya lebih sibuk dari hari kerja. Tapi.., sekarang dah tenang sikit kerana anak-anak dah besar. Dan alhamdulillah, dengan perkahwinan kami seawal umur Ita 21 tahun.. anak-anak Ita dah besar. Kadang tu..rasa penat tengok kawan-kawan sebaya dengan anak-anak yang masih kecil. Takdir masing-masingkan.., setiap yang Allah takdirkan tu..adalah hikmahnya..

Okey mari Ita kongsikan resepinya ya..

SPIRALS IKAN TUNA

Bahan-bahannya:

4 cawan spirals 
1 1/2 liter air
1 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
2 batang saderi
1 tin ikan tuna sos lada hitam
1/2 sudu kecil garam (untuk menumis)
1 biji bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - cincang
1 biji cili merah - cincang
1/2 batang lobak merah - potong panjang
4 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu kecil thyeme
1/2 sudu kecil oregano

Cara-cara nya:

  1. Siprals direbus hingga empuk bersama mentega dan air serta 1/2 sudu garam.
  2. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih hingga layu.
  4. Masukkan garam.
  5. Masukkan batang saderi dan lobak. Biarkan sekejap. Jangan sampai layu.
  6. Angkat.Gaul bersama bahan goreng tadi. kacau sebati.
  7. Masukkan ikan tuna dan gaul rata-rata.
  8. Hidang dan taburkan dengan thyeme,oregano, cili merah dan hirisan tomato.


Okey.. jangan tak cuba ya.. memang sedap. Sehingga jumpa lagi.

Ingat Allah selalu, insyaallah selamat..


Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts