SOLOK LADA
ITA TERSANGAT SUKA DENGAN SOLOK LADA..
1. Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinya. Ketepikan.
2. Ikan kembung asingkan isi dan tulangnya. Ambil isinya dan ditumbuk hingga lumat.
3. Lada hitam, bawang merah dan halia di tumbuk hingga lumat.
4. Kelapa parut juga di tumbuk tetapi jangan sampai lumat. Campurkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama gula dan garam.
5. Sumbatkan ke dalam cili hijau dan padatkan.
6. Masukkan santan ke dalam periuk dan letakkan solok lada tadi.
7. Masak hingga santan hampir kering.
8. Hidang bersama nasi putih atau nasi kerabu.
Assalamualaikum... semuga kawan-kawan Ita semua berada dalam lindungan Allah s.n.t. Setiap apa yang kita makan, tentunya mengingatkan kita kepada sesuatu peristiwa kan. Seperti anda semua, Ita tak terlepas dari kenangan-kenangan yang mengusik jiwa. Samada peristiwa sedih atau gembira. Kawan-kawan pun tentunya seperti itu jugak kan?
Seperti hidangan Ita kali ini, Solok Lada. Ita sangat mengemari solok lada dari kecil lagi. Kalau masa kecil-kecil dulu, ma selalu buatkan solok lada bila tiba bulan puasa. Emm.. biasa lah, orang tua kita.. kalau bulan-bulan puasa tu mesti nak sediakan makanan yang spesial sikit untuk anak-anak kan. Ibu kita macam tu lah.. dan seperti kita juga sekarang, tak pernah nak mengabaikan apa yang anak nak kan..
Setiap kali kenduri kat kampung, bila tiba nak makan tu.. Ita mesti tercari-cari solok lada, sira labu dan tresek jantung pisang. memang itu kegemaran Ita. Memang betul tekak Ita, selera kampung. Ita tak nak nafikan. Tapi bila dah jadi mak ni, anak-anak tak mengikut pulak selera kita. Malah western food pulak yang mereka suka. Ita tak pernah duduk oversea pun..hehehe... Padahal dari kecil mereka tengok Ita dok makan ulam-ulaman macam kambing, tak pulak mereka nak ikut. Emm.. tak mengapalah.., selagi mereka ada selera nak makan.. kira kita tak lah pening kepala. Lain lah kalau tetiba hilang selera..lagi susah kan..?
Jom.. Ita kongsikan resepi solok lada ya.. pada sesiapa yang tak pernah buat tu.., boleh lah mencuba ya..
SOLOK
LADA
Bahan-bahannya:
3
ekor ikan kembung
2
biji bawang merah
1
sudu kecil lada hitam
1
sudu kecil garam
1
inci halia
½
sudu besar gula
1/2
sudu besar santan
1
cawan kelapa parut – putihnya sahaja
Cili
hijau secukupnya
Cara-caranya:
1. Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinya. Ketepikan.
2. Ikan kembung asingkan isi dan tulangnya. Ambil isinya dan ditumbuk hingga lumat.
3. Lada hitam, bawang merah dan halia di tumbuk hingga lumat.
4. Kelapa parut juga di tumbuk tetapi jangan sampai lumat. Campurkan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama gula dan garam.
5. Sumbatkan ke dalam cili hijau dan padatkan.
6. Masukkan santan ke dalam periuk dan letakkan solok lada tadi.
7. Masak hingga santan hampir kering.
8. Hidang bersama nasi putih atau nasi kerabu.
haa.. ni la resepi mak kita.. mak kita selalu hidangkan bila bulan puasa . Sebab tu.. kita suka sampai sekarang. Tiap kali makan solok lada ni.. mesti ingatkan bulan puasa.
Okey..hingga jumpa lagi.. Assalamualaikum..
Comments
Post a Comment