LIGUINI CARBONARA

DAPUR EXPRESS..MENJADI TEMAN KARIB SEKARANG..



 Assalamualaikum, salam sejahtera untuk kawan-kawan dan adik-adik. Terima kasih kerana sudi menjenguk dapur maya Kak Ita kali ini. Memang dialu-alukan. Berkongsi resepi, berkongsi cerita dan eratkan silatulrahin secara maya.

Pagi ini, Ita menyediakan sarapan ringkas dengan cepat. Al maklumkan, pagi-pagi memang semua mahu cepat berkejar untuk tugas masing-masing. Adik lelaki Ita yang tinggal bersama Ita turun dari rumah jam 6.30 pagi. Jadi Ita terpaksa menyediakan sarapan pagi dengan lebih awal. Sementelah lagi, Adam, anak lelaki Ita juga turun ke sekolah jam 7.00 pagi. Jadi menu mesti kenyang, cepat dan sedap. Hihihi..


Sebagai doktor, adik lelaki Ita memang mempunyai jadual yang ketat. Ita terkadang sangat kasihan dengannya yang sentiasa sibuk dan penat. Dulu.., Ita menyangkakan kerjaya doktor amatlah mudah dan tak stress, hanya menunggu pesakit dan memberi rawatan sahaja. Selepas adik lelaki Ita, tinggal bersama Ita, baru Ita tahu corak kehidupan sebenar seorang doktor. 

Keluar rumah jam 6.30 pagi dan kembali ke rumah jam 11.30 malam dan kadang-kadang hingga jam 12.30 malam.. Aduhs! kesian adik aku..

Sebab tu, bila dia keluar pagi, Ita akan pastikan dia breakfast dahulu dan pulang malam Ita akan bertanya samada dia mahu makan lagi tak. Sebab terkadang dia memang tak sempat nak makan pun bila pesakit terlalu ramai. Tapi setakat ini, Ita nampak dia okey jer, cuma sedikit penat. Dia berkata, bukanlah dia seorang yang sibuk macam tu.. doktor-doktor lain pun macam tu jugak. Ya Allah, betapa besar jasa-jasa mu wahai doktor. Semuga budi dan jasa mu diberi ganjaran pahala dari Allah snt.

Pagi ini Ita menyediakan Liguini carbonara untuk sarapan pagi. Nampaknya adik Ita dan Adam sukakannya. Adam memang western food dan adik Ita memang dah biasa makan western food semasa belajar diluar negara. Sebab itu, bila sampai di rumah larut malam, dia akan terus ke peti sejuk untuk menikmati kek-kek yang Ita buat. So, takde masalah pada nya. Jadi sekarang, ramai pulak peminat western food kat rumah ni..

Mari Ita kongsikan resepinya ya. Mana-mana yang nak mencuba tu.., boleh lah mencuba ya..

LIGUINI CARBONARA

1 Peket liguini }
1 sudu besar mentega} rebus bersama hingga masak
1.5 liter air}

200 gm brokoli-potong kecil
200 gm bunga kobis cina-potong kecil
1/2 batang lobak merah-potong bulat
1 biji bawang merah-cincang
4 ulas bawang putih-cincang
1 tin susu cair
1 1/2 tin sos carbonara
1 kiub pati ayam
1 sudu teh garam
sedikit gula
1 sudu besar pasley
sedikit minyak untuk menumis
1 biji tomato - hiris bulat

Cara-caranya:

  1. Liguini dan mentega direbus hingga hingga masak.
  2. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Bila layu masukkan susu cair dan sos karbonara.
  4. Kacau sebati. masukkan garam, gula dan kiub pati ayam.
  5. Sesuaikan rasa.
  6. Dalam periuk lain rebus brokoli, lobak merah dan bunga kobis cina separuh masak.
  7. Hidangkan liguini bersama sos, sayuran yang direbus dan hirisan tomato.
  8. Taburkan daun pasley kering.
  9. Sedia dinikmati.
Okey.. kan mudah ajer.. 

Selamat mencuba.

Assalamualaikum..





Comments

Popular Posts