MILO ICE BLENDED

BALIK SEKOLAH.., ADAM MINTAK MILO ICE BLENDED


Assalamualaikum.. selamat tengahari. Dah minum.. jom minum dulu. Sebenarnya ini bukanlah minuman kegemaran Ita. Tetapi, Adam.. Balik dari sekolah tadi dia mintak Ita buatkan Milo Ice Blended.. Ita tak mahu cakap banyak, sebab dia balik sekolah penat-penat, tak mahu spoil kan mood dia. Sekejap lagi dia nak pergi mengaji Quran pulak. Mesti penat dia, jadi tak salahlah kalau Ita ringankan tulang, tunaikan permintaannya yang tak seberapa ini.



Mari Ita kongsikan resepinya ya...

Bahannya:

3 sudu besar milo
3 sudu besar susu pekat manis
1 gelas air suam
2 gelas ais
2 scoop aiskrim jagung
2 biji strawberry (optional)




Cara-caranya:

Kacau air, susu dan milo dan masukkan ke dalam blender bersama ais.  Kisar hancur. Masukkan ke dalam gelas dan letakkan ais krim jagung dan sebiji strawberry. Nak sedap lagi, taburkan milo. Sedia untuk dinikmati.

Okey dah siap Milo Ice Blended kita, jom minum...emmm.. kanak-kanak paling sukakan air ni..

Okey bye.. selamat mencuba.

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts