KUIH LOMPANG
KUIH LAMA YANG MASIH DIINGATI..
1.
Dalam mangkuk, campurkan tepung beras, tepung jagung dan
air kapur.
2. Masukkan 250 ml air. Kacau sebati.
3. Baki air 500 ml di campurkan dengan gula, masak hingga gula hancur. Angkat dan biar sejuk.
4. Bila sejuk, masukkan kedalam adunan tepung tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan pewarna hijau. Kacau sebati.
6. Panaskan kukusan. Masukkan acuan lompang sekejap ke dalam kukusan.
7. Masukkan adunan anggaran ¾ bahagian.
8. Kukus hingga masak.
9. Keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut diatasnya.
Assalamualaikum... selamat pagi semua. Apa khabar ya.. dah makan apa pagi ini. Ita kembali keseorangan bila anak ke sekolah. Banyak perkara yang difikirkan untuk dilakukan hari ini untuk mengisi ruang kosong.
Terfikir untuk kembali bersahabat dengan komputer yang sudah sebati dalam hidup Ita. Jika dulu, bila bertugas menghadap komputer dari jam 9.00 hingga ke petang membawa ke malam. Bila berada di rumah.., komputer juga yang menemani Ita sepanjang masa. Dah itu sahabat sejati yang Ita rasakan dapat menyenangkan hati Ita. Jadi jalan itu lah yang Ita pilih. Sahabat ini yang tak pernah mengeluh bila memaksa dia bekerja berjam-jam tapi terkadang tu adalah jugak peel perangai nya..hihihihi..
Ita terfikir untuk menulis. Menulis apa saja yang terlintas dalam fikiran. Untuk perkongsian dan pengalaman dalam kehidupan Ita. Ya.. bila memikirkannya, dah itu saja yang mampu untuk Ita lakukan buat masa ini, agar hilang rasa boring yang menjerat diri.
Untuk melakukan banyak pergerakan, Ita agak terbatas. Membiarkan diri tak melakukan apa-apa adalah terasa terlalu mengsia-sia kan masa yang dikurniakan Allah.
OOpps!! dah tergelincir dari niat asal ni.. Niat asal nak berkongsi resepi kuih lompang. Seawal usia 13 tahun Ita dah mula belajar membuat kuih lompang di sekolah. Masa tu cikgu Norashikin yang cantik manis sebagai guru sains rumah tangga kat sekolah Ita.
Masa buat kuih ni, Ita suka tengok lubang ditengahnya bila masak. Macam lesung. Letak pulak kelapa parut, aduhs! cantik giler.. Boleh lagi ubah colour dia kepada kuning dan pink.. alamak cantiknya..
LOMPANG
Bahan-bahannya:
280 gm tepung
beras
30 gm tepung
jagung (2 sudu)
½ cawan kelapa
parut}
Secubit
garam } gaul sekali
1 sudu teh air
kapur
270 gm gula
pasir
750 ml air
Pewarna hijau
Cara-caranya:
2. Masukkan 250 ml air. Kacau sebati.
3. Baki air 500 ml di campurkan dengan gula, masak hingga gula hancur. Angkat dan biar sejuk.
4. Bila sejuk, masukkan kedalam adunan tepung tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan pewarna hijau. Kacau sebati.
6. Panaskan kukusan. Masukkan acuan lompang sekejap ke dalam kukusan.
7. Masukkan adunan anggaran ¾ bahagian.
8. Kukus hingga masak.
9. Keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut diatasnya.
Sesuai untuk pesakit kerana tekstur kuihnya yang lembut. Lebih cantik kalau dipelbagaikan warna kepada kuning dan merah jambu.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum..
Comments
Post a Comment