PUDING ROTI MERDEKA
PUDING ROTI MERDEKA.. NAK TAHU KENAPA MERDEKA..
Okey, dah siap puding kita. Kawan-kawan dan adik-adik bolehlah mempelbagaikan warnanya mengikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.. selamat pagi ya.. dah makan apa pagi ini. Semalam Ita berjanji nak updatekan puding merdeka Ita tetapi malam tadi Ita tak berpeluang nak mengupdatekan entri ni..
Dan pagi ini, walaupun tak bersesuain dengan masa., ya lah mana kita nak makan puding di pagi harikan..hehehe.. Selalu nya puding ni kita makan sebagai desert selepas makan waktu tengahari dan makan malamkan. Tak pe..anggap saja suggestion dari Ita untuk desert anda hari ini.
Kat rumah Ita puding adalah makanan yang wajib yang sentiasa ada dalam peti sejuk. Hubby Ita, kalau pulang dari kerja..tempat yang pertama yang akan ditujunya adalah peti sejuk. Dia memang dah tahu, puding akan sentiasa ada kat situ. Dan Ita pulak, dah tahu akan kesukaannya ini, terasa bersalah kalau tak sediakan makanan kegemarannya ini. Sebagai seorang isteri.., sepatutnya memang tugas isteri memastikan makanan kegemarannya dan memastikan seleranya terhidang.
Ita pernah diherdik oleh seorang kawan, yang menyatakan Ita macam hamba suami.., hehehe.. Ita ketawa jer bila kawan Ita kata macam tu. Mungkin dia terasa pelik sebab Ita kadang kala terlalu memanjakan suami. Bagi Ita, memenuhi dan menyenangkan hati suami adalah suatu kewajipan buat Ita. Ita tak mengharapkan pembalasan darinya pun, malah menganggapnya sebagai suatu ibadah.
Panjang pulak celoteh Ita kali ini ya, jom lah Ita kongsikan resepinya ya. Nak tahu tak kenapa Ita namakannya puding roti merdeka. Hmm..sebabnya Ita main campak jer mana rasa nak campak dalam resepi ni..hihihi..Ita bebas nak letak apa dan sebanyak mana mengikut citarasa Ita. Hihihihi.. kan merdeka namanya tu..
PUDING ROTI MERDEKA
Bahan-bahannya:
25 gm agar-agar serbuk
1.2 liter air
3 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin susu segar (sukatan tin susu cair)
7 keping roti (Ita guna roti gardenia)
4 biji telur
1 sudu besar esen vanila
pewarna purple, biru dan kuning
Cara-caranya:
- Panaskan agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
- Sementara itu, kisar roti, telur, susu segar dan susu cair hingga hancur.
- Bila agar-agar mendidih, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
- Perlahankan api dan kacau hingga pekat.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan setiap satu nya dengan warna biru, purple dan kuning
- Basahkan acuan atau loyang.
curahkan adunan selapis demi selapis dan sejukkan. - Potong bila puding benar-benar beku.
Okey, dah siap puding kita. Kawan-kawan dan adik-adik bolehlah mempelbagaikan warnanya mengikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment