BISKUT FLORENTINE
BISKUT FLORENTINE YANG RANGUP..
Assalamualaikum.. selamat pagi semua.. apa khabar. Ita berharap semuga semuanya dalam lindungan Allah snt.
Mood raya lagi tak? Hehehehe.. emm.. mungkin masih ada yang bercuti raya lagi. Ita.., sehingga semalam.. masih lagi dikunjungi tetamu yang bertandang ke rumah. Kalau biskut raya tu.. memang dah betul-betul kering. Jadi bila tetamu call nak datang, Ita just masak nasi minyak, mee kari dan seangkatan dengan nya aje lah. Kebetulan tetamu yang datang tu hampir-hampir dengan waktu lunch. So, elok rasanya kita hidangkan makan tengahari terus.
Tapi...emm.. ada tapi-tapi ya.. Tetiba hari ni terasa nak makan biskut lagi. Mana taknya, masa raya hari tu tak sempat nak makan pun. Dok layan tetamu..bila petang, badan dah penat sangat. Keesokkannya pun begitu jugak.. berterusan hingga balang biskut dah tinggal kosong dan habuk nya sahaja..hehehehe..
Terasa hari raya tahun ni amat meriah berbanding dengan tahun-tahun lepas. Kerana tahun tahun sudah Ita selalu nya dapat cuti sehari dua aje, tak sempat nak meraikan tetamu. Bila dah cuti panjang macam tahun ni.. terasa meriah pulak bila saudara mara dan kawan-kawan bertandang ke rumah tak putus-putus..
Hari ni,.. tetiba terasa nak makan biskut pulak. Ita terfikir nak buat biskut yang ringkas dan sedap aje kerana penat badan masih belum lagi hilang. Fikir punya fikir Ita terasa nak buat biskut florentine. Biskut yang sangat sedap dengan kerangupan kacang badam, biji bunga matahari dan bijan hitam. Cara membuatnya sangat lah mudah dan cepat. Kata orang sambil pejam mata pun boleh buat. Nak membakarnya pun cuma mengambil masa 10 minit sahaja. Cepat kan.
Jom kita kongsikan resepinya:
BISKUT FLORENTINE RANGGUP
Bahan-bahannya:
500 gm tepung florentine
500 gm hirisan badam- bakar sekejap
250 gm biji bunga matahari
100 gm bijan hitam
Caranya:
- Panaskan oven terlebih dahulu.
- Sediakan 4 dulang pembakar 12"X12".
- Gaul semua bahan rata-rata.
- Alas dulang pembakar dengan kertas minyak yang boleh dibasuh.
- Masukkan adunan tadi dan ratakan.
- Bakar selama 10 minit.
- Angkat dan terus potong mengikut saiz kegemaran.
- Simpan di dalam bekas kedap udara.
Adoi..! teringat tentang puasa 6 pulak. Tak mulakan lagi ni.. terasa lambat pulak tahun ni. Biasanya raya ke 3 Ita dah mula berpuasa bersama suami dan anak-anak. Tapi tahun ni agak terlewat sikit. Bukan apa, tak mahu kita berpuasa bila meraikan tetamu bertandang. Takut tetamu kekok nak makan bila tuan rumah tak makan dan bila nak masak tu.., tak boleh nak rasa sebelum dihidangkan untuk tetamu.
Sekarang ni bila tetamu dah reda sedikit tu, bolehlah kami sekeluarga berpuasa. Alhamdulillah.
SELAMAT MENCUBA
SELAMAT MENCUBA
Comments
Post a Comment