ANEKA RESEPI MASAKAN AYAM
JOM... AYAM
Assalamualaikum... salam sejahtera untuk teman-teman yang Ita kasihi. Alhamdulillah dapat bersua kembali pada pagi ini di alam maya yang penuh keceriaan buat kita.
Assalamualaikum... salam sejahtera untuk teman-teman yang Ita kasihi. Alhamdulillah dapat bersua kembali pada pagi ini di alam maya yang penuh keceriaan buat kita.
Pagi ini, Ita taklah nak sharekan resepi seperti biasa, kerana apa yang Ita masak pagi ini dah kongsikan sebelum ini. Ita cuma masak nasi goreng jer. Kebetulan nasi semalam masih berbaki lagi. Tak mahu membazir Ita buat nasi goreng yang digemari anak-anak terutama Adam. Adam, kalau nasi goreng memang dia suka sangat-sangat. Jadi, Ita apa lagi.., kalau anak dah suka, kita pun mesti nak buatkan. Lagipun bukannya susah sangat. 10 minit dah siap..hehehe..
Ita ada berita gembira yang nak dikongsikan dengan teman-teman dan adik-adik semua. Buku ke dua Ita dah diterbitkan yang bertajuk Jom..Ayam. Buku ini memuatkan 38 jenis resepi yang berasaskan ayam. Semuanya resepi yang selalu Ita buat di rumah. Sangat simple dan sedap. Tak memerlukan banyak masa untuk menyiapkannya. Bahan-bahannya pulak mudah didapati di pasaran.
Dengan munculnya buku ini, Ita berharap ianya dapat memberi idea kepada yang mahukan kelainan kepada resepi ayam.
Hingga jumpa lagi dan SELAMAT MENCUBA.
ASSALAMUALAIKUM..
Comments
Post a Comment