JERUK PETAI
TAK TAHU NAK BUAT APA.. JERUK JALAN YANG PALING SELAMAT..
Assalamualaikum, salam sejahtera untuk semua. Semuga anda semua dalam rahmat Allah selalu.
Petang ini Ita teringat nak kongsikan satu entry yang jarang dikongsikan, Ita rasa. Nak tahu apa?
Petai jeruk. Tahu tak petai jeruk merupakan makanan kegemaran Ita juga. hehehe.. memang Ita akui, Ita anak kampung tegar. Semua makanan kampung Ita suka termasuklah ayam kampung dan Ita tidak gemar akan ayam bandar. Nama nya pun ayam kampung, tentu tentu lah lasak kan. Sebab tu daging ayam kampung lebih pejal kerana ayam kampung selalu excercise, terbang sana, terbang sini. Pandai cari makan sendiri..hihihihi.. nak tangkap pun susah.. puas kejar keliling kampung kalau nak sembelih tau..hehehe..
Tapi Ita tak mahu cerita pasal ayam kampung petang ni. Ita cuma nak kongsikan macam mana nak buat petai jeruk. Kebetulan hubby bawa balik banyak petai dari kebun ayah sabtu lepas. Hampir 500 keping.!! Mulanya rasa nak pengsan jugak tengok banyak hubby bawa balik tapi bila hubby kata, petai terlalu banyak kat kebun, Ita diam aje lah. Ayah tak sempat nak petik dan jual kerana sibuk mengutip durian. Macam ni lah kalau musim buah..
Jadi, dari membazir baik Ita buat jeruk. Bila Ita rebus dan ambil bijinya dapatlah 2 botol besar dan satu botol kecil. Alhamdulillah. Caranya tak susah mana pun just, rebus petai tu sekejap dan jangan terlalu lama kerana petai akan terlebih masak atau "pohu" orang kelantan kata. Berikut Ita cerita sedikit cara nak buat petai jeruk ya.
PETAI JERUK
bahan-bahannya:
500 keping petai
1 cawan garam kasar
3 keping asam gelugor
air secukupnya
Cara-caranya:
Rebus jangan terlalu lama.
Agak-agak bila ia berubah warna sahaja.

Picit dan ambil isinya.
Basuh bersih-bersih dan masukkan ke dalam balang/botol kaca.
Letak garam dan asam keping.
Boleh juga letak cili padi jika suka.
Simpan di tempat yang kering.
Enak dimakan bersama nasi putih.
Okey, itu saja perkongsian Ita kali ini. Semuga berjumpa lagi dilain waktu.
ASSALAMUALAIKUM..
Comments
Post a Comment