KERABU PUCUK PAKU
LAMA TAK MAKAN KERABU...
Assalamualaikum.. selamat malam. Dah makan malam ke belum..hehehe..
Malam ini Ita masih masak ringkas-ringkas. Asal kena pada selera suami dan anak-anak itu sudah memadai. Tapi hari ini Ita lebihkan sayur. Kangkung goreng belacan, kerabu pucuk paku dan peria goreng bersama udang. Peria untuk si ayah, kangkung untuk si anak dan Ita kerabu pucuk paku.
Dulu-dulu pucuk paku emak tak pernah beli. Kami kutip dekat kebun durian ayah sahaja. Di pinggir sungai. Lepas ayah berkebun, selalu petik pucuk paku sebelum balik ke rumah. Bila balik ma akan masak sayur lemak. Tapi hari ini, Ita nak makan cara kerabu pulak. Sedap kalau letak ikan lebih sikit dan santan sikit.. aduhs! lemak-lemak manja gitu..
Tapi malam ni, Ita kongsikan resepi kerabu pucuk paku ya.. okey jom..Ita kongsikan rahsianya..
KERABU PUCUK PAKU
1 ikat pucuk paku
1 ekor ikan rebus
1 cawan kelapa parut
3 biji bawang merah
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu garam
3 sudu besar santan
1 biji cili merah-hiris
Cara-caranya:

- Cuci bersih dan potong pucuk paku.
- Rebus hingga lembut. Jangan terlalu lama nanti pucuk paku akan hancur.
- Angkat dan toskan.
- Kelapa parut digoreng tanpa minyak hingga kekuning kuningan.
- Tumbuk bawang merah, lada hitam, ikan rebus dan garam hingga lumat.
- Campurkan bahan tumbuk, kelapa goreng , pucuk paku dan cili merah. Gaul rata.
- Masukkan santan dan gaul lagi.
- Sesuaikan rasa.
- Sedia untuk dihidang.
Okey dah siap kerabu pucuk paku, jangan lupa baca bismillah dulu sebelum makan ya.. hehehe..
Okey, selamat mencuba.
ASSALAMUALAIKUM
Comments
Post a Comment