FETTUCINI CARBONARA
WESTERN FOOD DI HUJUNG MINGGU
Assalamualaikum.. salam sejahtera buat pengunjung dapur maya Ita. Doa Ita semuga anda semua dalam rahmat Nya sentiasa.
Assalamualaikum.. salam sejahtera buat pengunjung dapur maya Ita. Doa Ita semuga anda semua dalam rahmat Nya sentiasa.
Tersayu, tersedih, terkesian melihat kehidupan adik Ita, seorang doktor di hospital Kota Bharu yang sentiasa sibuk dan terkadang tertinggal pulak waktu lunch dek kerana tugas yang diharus di utamakan. Ita menjadi sangat simpati dengan tugas sehariannya. Balik ke rumah kadang kala hingga lewat malam, tanpa menikmati waktu rehat yang sepatutnya.
Sebab itu, Ita sentiasa akan memastikan dia breakfast dengan kenyang sebelum keluar rumah di awal pagi. Seawal jam 5.30 Ita akan bangun menyiapkan breakfast untuk dia. Ita mahukan dia bertugas dengan keadaan yang kenyang. begitu juga dengan hubby kesayangan Ita. Ita mahukan dia kenyang sebelum bergerak ke tempat kerja.
Jadi pagi ini Ita menyediakan Fettucini Carbonara. Ita tahu adik lelaki Ita ini memang sukakan ala western. Mungkin semasa di Australia dia dah terbiasa dengan pasta jadi bila balik ke Malaysia dia masih lagi dengan selera westernnya.
Jom Ita kongsikan resepi yang tersangat mudah ini.
FUTTUCINI CARBONARA
Bahan-bahannya:
500 gm futtucini
2 tin susu cair
1/2 cawan air
2 tin mushroon soup (Ita guna brand Chambell)
2 biji bawang besar-cincang
5 ulas bawang merah-cincang
50 gm bunga kobis-potong kecil
50 gm brokoli - potong kecil
2 keping kobis-potong kecil
1/2 batang lobak merah-potong separuh bulat
1 sudu kecil oregano
1/3 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/3 cawan minyak zaitun
1 kiub pati ayam
cara-caranya:
- Rebus fettucini bersama sedikti minyak hingga empuk.
- Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
- Masukkan susu cair, mushroom soup, air dan kacau rata.
- Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano.
- Masukkan kiub pati ayam, jika kurang masin boleh tanbah sedikit garam.
- Akhir sekali masukkan sayur-sayuran. kacau hingga sayur layu.
- Hidang bersama fettucini.
Enak jika dimakan ketika kuahnya masih panas. Hidangan ini amat digemari oleh anak-anak Ita juga. Ita selalu buatkan fettucini carbonara kerana ia cukup simple dan cepat untuk disediakan di kala kita kesuntukkan masa.
Semuga menjadi suatu ilmu yang bermanafaat buat kawan-kawan semua.
Assalamualaikum..
Comments
Post a Comment