BUKU RESEPI KUIH KUKUS
BUKU TERBARU ITA...
Assalamualaikum... selamat pagi. Semuga anda semuanya dirahmati Allah snt.
Assalamualaikum... selamat pagi. Semuga anda semuanya dirahmati Allah snt.
Terdetik untuk berkongsi cerita terbaru Ita. Nak kata baru sangat tak jugak. Buku ni dah beberapa minggu Ita terima ..tapi lambat pulak nak update kan dalam blog. Sedangkan batch pertama sudah pun habis Ita jual. Kebetulan adik lelaki Ita balik ke kampung, jadi Ita minta dia bawa pulang buku-buku ini. Alhamdulillah habis..
Nampaknya Ita terpaksa mambuat pesanan sekali lagi. Ramai yang bertanyakan Ita. Tak sangka ramai peminat buku kuih lama atau kuih tradisi ini sementelah lagi kuih jenis kukus. Tentu saja sihat dan menyihatkan kan? Tak gitu..
Kepada yang mahu membuat pesanan, bolehlah pm ke fb Ita di Ruzita Ismail @ email: ruzieta_92@yahoo.com.my. In Sha Allah.., Ita akan respon secepat mungkin.
Antara kuih kuih yang Ita muatkan didalam buku Ita ini adalah apam polkadot, talam pelangi, seri muka pandan, nona manis, lepat labu dan sebagainya. Harganya pun tidaklah terlalu mahal, cuma RM26. Ditunjukkan dengan langkah demi langkah. Dengan nilai yang tak seberapa berbanding dengan ilmu membuat kuih itu nanti, In Sha Allah ianya sangat memberi manafaat kepada yang inginkan memasak kuih kuih lama dengan air tangan sendiri buat santapan insan-insan tersayang.
Okey.. sehingga jumpa lagi.
ASSALAMUALAIKUM.
Comments
Post a Comment