TEH TARIK MADU
PEKENA TEH TARIK MADU DEKAT WARUNG PAK MAT DI PULAU PISANG..
Dengan penuh perasaan dia menikmati teh tarik madu beng..
Ayam percik pak mat jugak best.
Ita nak bagi **** buat teh tarik madu pak mat.. hehehehe.. anda bagaimana?
Pak Mat yang tuan punya kedai..
Nampak pun dah sedap kan..
Assalamualaikum.. selamat petang. Dah tea break ke kawan-kawan? Hurmm ... ataupun tengah siapkan hidangan untuk makan malam ya..
Apapun yang sedang anda lakukan sekarang, buatlah dengan ikhlas dan gembira, semuga hasil yang kita perolehi juga mengembirakan. Ita pagi ini ke kawasan Pantai cahaya Bulan tapi tak pulak ke pantainya tetapi melencung ke simpang kanan sebelum Pantai Cahaya Bulan. Bukan apa, ini adalah kali ke tiga Ita kesana. Sebelum dah dua kali ke sana tetapi tak ada rezeki. Kebetulan, percubaan pertama dan kedua tu.. warung pak mat tutup. Rupanya warung pak mat ni di buka dari jam 9 hingga ke 4.30 petang sahaja. Itu yang Ita tengok dekat FB warung pak mat lah..
Percubaan kali ke tiga, jam 11 pagi, Ita di ajak oleh adik lelaki Ita yang baru habis dari tugas oncall di hospital kota bharu untuk minum minum di sana. Ita pulak tengah membaking kek, projek buku kek terbaru Ita. Terus berhenti bila di ajak sang adik..
Ita pun sbenarnya teruja juga nak mencuba teh tarik madu pak mat ni. Ya lah dah beberapa kali pergi tapi tak dapat minum. Tentu saja kempunan kan..
Tanpa berlengah Ita, mengambil tempat dan 3 gelas teh tarik madu kami pesan. Adik Ita yang kebetulan masih belum bersarapan, terus memesan nasi bersama ayam percik. Sedap katanya. Ita pula, dah kekenyangan kerana sudah breakfast pagi ni bersama hubby.
Speechless!! Itu lah luahan Ita tentang teh tarik madu Pak Mat ni. Sebelum ni, Ita bukannya suka sangat dengan teh beng ni. Tapi Pak Mat punya ni memang sedap gilo!
Nampaknya memang kena ajak hubby pulak lepas ni.
Dengan penuh perasaan dia menikmati teh tarik madu beng..
Ayam percik pak mat jugak best.
Ita nak bagi **** buat teh tarik madu pak mat.. hehehehe.. anda bagaimana?
Pak Mat yang tuan punya kedai..
Nampak pun dah sedap kan..
Bagi yang mahukan ke warung Pak Mat, anda boleh mengambil jalan dari Kota Bharu ke Pantai Cahaya Bulan. Simpangnya sebelah kiri selepas pondok polis.
Atau anda boleh saja tengok FB warung pak mat pulau pisang.
Okey.. assalamualaikum..
Comments
Post a Comment