PERCUTIAN DI MELAKA

MELAKA DESTINASI KAMI

Assalamualaikum.. selamat pagi dan salam sejahtera buat pengunjung blog Ita dan agak bersawang ni.. Lama betul tak update blog rasanya. Bukan takde bahan nak di kongsikan tapi bila ada penyakit malas nak menghadap komputer,  ini lah jadinya..hehehehe.. entah kemana-mana mood ni pergi..bukan takat ke laut..ke langit ke 7 kot..hehehe..

Kali ini ita nak kongsikan percutian Ita bersama suami dan anak lelaki Ita di melaka. Bukan tak pernah pergi ke Melaka ni tapi bukan selalu.. beberapa kali sahaja. 

Kali pertama Ita ke Melaka, ketika rombongan sekolah pada tahun 1986. Suka sangat masa tu, sebab sebelum ni tahu dan dari buku sejarah dan cerita orang sahaja tentang Melaka. Bila dapat tengok sendiri, alahai .. sukanya.. Ambil gambar tu tak usah cerita lah.. kalau boleh tepi tandas pun nak tangkap gambar. Dah lah masa tu kamera masih guna filem lagi.. bergulung-gulung filem dibeli. Tak ingat dah, balik asrama duit dah habis. Nasib baik, makan minum asrama dah sediakan. Memang suka sangat-sangat lah.

Tapi bila dah berkahwin, kita selalu di halang oleh tugasan dan tanggungjawab. Nak pergi kena plan awal-awal. Tak boleh sesuka hati nak pergi. Alhamdulillah nya, hubby pun kaki melancong macam Ita. Jadi nya, ia lebih memudahkan keinginan kita tercapai. 

Namun Ita tak dapat berjalan ke banyak tempat lantaran kesihatan yang tidak mengizinkan. Ita ke Melaka kali ini selama 4 hari namun Ita dapat keluar berjalan hanya 2 hari sahaja kerana masuk hari ke 3, Ita sudah tidak sihat dan kena banyak berehat. Namun ianya sangat mengembirakan Ita kerana sudah lama kami tak pergi bercuti.

Berikut Ita kongsikan beberapa keping gambar yang Ita abadikan di sana bersama suami dan anak.


Hari kedua Ita berjalan di sekitar bandar Hilir sahaja. Di situ pun sudah memadai untuk menikmati panorama yang pelbagai.

 Singgah muzium Islam sekejap..

Menginap di Swiss Garden Hotal & Residence. Tingkat 23, sunggup gayat rasa nya. Kolam tu nampak tu berada di tingkat 9.


Penat berjalan, kami menyewa basikal.. supaya dapat pergi jauh sikit..


Sempat membeli sepasang kebaya sebagai kenangan..


Sungguh cantik beca mereka..




Tak lupa ole-ole yang Ita beli dari Melaka.. Mangkuk tingkat atau sia.


Percubaan untuk menjadi Baba celup dua beranak ini tidak menjadi kerana kurang fasih berbahasa mereka..hehehehe..

Okey hingga jumpa lagi lain waktu...

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts