CUCUR PISANG
CUCUR PISANG
Assalamualaikum.. selamat pagi semua. semuga adik-adik dan para sahabat semua senangtiasa dalam rahmat Nya.
Assalamualaikum.. selamat pagi semua. semuga adik-adik dan para sahabat semua senangtiasa dalam rahmat Nya.
Breakfast pagi ini Ita just buat nasi goreng ikan bilis bersama cucur pisang. Ya, pisang Ita dah masak sikit-sikit. Ita tak letak 'carbide' kerana Ita tak mahu ia masak serentak. Ita mahukan ia masak sedikit demi sedikit supaya tidak membazir jika ia masak semua sekali. Nanti setandang masak sekali gus tak tahu nak buat apa kalau dah tak terdaya nak makan kerana banyak sangat kan.. Lagipun penggunaan carbide adalah dikatakan tidak selamat kerana pisang atau buah buahan yang menggunakan carbide tidak melalui proses masak secara semulajadi. Untuk mengetahui keburukan pisang atau buah buahan yang menggunakan carbide ini tidak selamat anda boleh sujuk DISINI. Semuga dengan perkongsian ini akan memberi manafaat kepada adik-adik dan para sahabat semua.
Selepas diagihkan kepada rakan dan jiran yang bertandang ke rumah, yang tinggal 4 sikat lagi untuk Ita dan keluarga. Ita bercadang nak membuat cup cake pisang, muffin pisang dan kek pisang. Tapi, harap-harap jangan harapan tinggal harapan. Semenjak dua menjak ni asyik ke laut jer keinginan nak memasak dan berlama-lama di dapur. Keadaan kesihatan yang tak berapa nak baik ni, nak duduk duduk dan baca buku sahaja mood nya. Hehehehe.. dan hari ini nasib baik, mood menaip ni timbul lak..
Okey, kita ke menu Ita pagi ini. Juast buat cucur pisang sebagai gandingan bersama nasi goreng Ita kali ini. Berikut, Kak Ita sertakan resepinya ya.
Cucur Pisang
A
4 biji pisang (Ita guna pisang berangan)
1/2 cawan gula
1 cawan air
B
Minyak secukupnya
gandum secukupnya (Ita guna 3/4 cawan)
Caranya:
Semua bahan A dikisar hancur.
Masukkan ke dalam bekas dan campurkan dengan gandum sedikit demi sedikit.
Masukkan gandum sekadar pekat sahaja. Kacau rata. Adunan mestilah boleh dituang dengan sudu semasa mengoreng.
Panaskan minyak, sudukan adunan dan goreng hingga masak dengan api sederhana.
Okey sekian resepi ringkas untuk pagi ini ya, semuga di lain masa kita ketemu lagi. In Sha Allah.
Jangan lupa buku terbaru akak nanti ya.
Assalamualaikum
Comments
Post a Comment