100 RESEPI KUIH TRADISIONAL DAN MODEN
100 RESEPI KUIH YANG MENJADI KEGEMARAN...
Assalamualikum, salam sejahtera buat pengunjung blog Ita. Semuga kalian semua sentiasa dalam rahmat Allah snt.
Kali ini Kak Ita nak tampilkan buku terbaru Kak Ita yang telah pun berada dipasaran sebelum puasa hari tu lagi. Maaf Kak Ita terlambat update kerana kesuntukan masa. Kebetulan Kak Ita ke Mekah untuk menunaikan umrah pada bulan puasa hari tu. Jadi, Kak Ita sedikit ketinggalan untuk mengupdatekan di dalam blog Kak Ita ini, namun Kak Ita telah pun mengupdatekannya di dalam FB dan instagram Kak Ita.
Banyak resepi yang Kak Ita kongsikan didalam buku ini. Resepi yang selalu menjadi permintaan rakan taulan dan saudara mara Kak Ita. Dengan harga yang cuma RM34.90 sangat berbaloi berbanding dengan jumlah resepi yang mencecah 100 resepi tentu sahaja amat berbaloi-baloi.
Antara resepi yang Kak Ita muatkan dalam buku ini adalah kuih apam, karipap, akok, makaroni bakar, cream puff, kuih bingka, seri muka, lompang dan banyak lagi.
Jika mahukan tandatangan Kak Ita pada buku tu, boleh dapatkan terus dari Kak Ita ya dgn email :
email : ruzieta666@gmail.com
Okey itu aje yang Kak Ita nak updatekan.
Bye, hingga jumpa lagi.
Comments
Post a Comment