APAM BERAS

APAM BERAS YANG GEBU LAGI MENGODA



 Assalamualaikum,


 Salam sejahtera buat pengunjung blog yang budiman. Sudah agak lama saya tidak mengupdatekan blog saya ini. Hampir bersawang rasanya.

Menulis, berkarya suatu nukilan yang memerlukan rasa. Tidak boleh dipaksa semata-mata mahu memenuhi kehendak orang lain. Ianya harus hadir dengan penuh rasa ihklas, tenang dan rela hati.

Setelah sekian lama saya telah hilang rasa ini, rasa yang dulunya agak memberi saya banyak ilham lantaran kegembiraan sering bersama saya. Seiring dengan usia yang semakin bertambah dan tanggungjawab yang semakin memberat buat saya, merasakan diri sangat letih dengan kehidupan. Kadangkala saya merasakan hilang tumpuan matlamat hidup. Mujurnya, saya masih boleh mengawal diri dan melakukan amalan wajib saya. Itu.., saya bersyukur sangat.


keadaan itu berlarutan beberapa lama juga. Namun sokongan suami dan anak-anak menjadikan saya kembali berpijak ke bumi nyata. Alhamdulillah.




Dan hari ini saya kembali mengetuk ngetuk papan kekunci komputer saya, yang telah lama saya tinggalkan. Nampaknya sesetengah sudah keras dan harus ditekan beberapa kali. Merajuk dengan saya agaknya. Hehehehehe...(boleh tukar yang baru kalau dapat ehsan suami).

Sebagai pembukaan tahun baru ini, saya berazam untuk berkongsi sebanyak mungkin ilmu yang saya ada samada perkongsian resepi dan apa saja petua masakan atau apa-apa saja. Semuga kembalinya saya disini akan memberi saya semangat baru untuk saya. Juga semuga memberi manafaat kepada yang membacanya.

Saya mulakan resepi pertama saya untuk tahun ini.


APAM BERAS

bahan-bahannya:
(A)
1 1/2 cawan nasi (saya guna beras basmati kerana saya mengunakan beras basmati dalam hidangan harian saya)
2 1/2 cawan air
2 sudu besar instant yis
(B)
2 1/2 cawan tepung beras
2 cawan gandum
(C) 
1 cawan kelapa parut}
1/2 sudu kecil garam } gaul bersama


cara-caranya:

1- Kisar bahan A hingga halus dan masukkan ke dalam mangkuk saiz besar , sebab nanti adunan akan kembang.
2- Masukkan bahan B dan pukul rata dengan menggunakan whisk.
3- Perap selama 1 jam.Sambil itu panaskan kukusan hingga air mendidih.
4- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan satu bahagian lagi diletakkan pewarna merah jambu.
5- Sapu minyak pada acuan dan isikan acuan dengan adunan apam.
6- Kukus selama 20 minit dengan api yang kuat.
7- Keluarkan apam dari acuan dan hidang bersama kelapa parut.

*untuk kelapa parut tahan lama, kelapa perlu dikukus terlebih dahulu selama 10 minit.

Selamat mencuba dan semuga memberi manafaat.

Assalamualaikum


Comments

Popular Posts