BENDI GORENG BERSAMA TEMPE
BENDI GORENG YANG ENAK, LAGI SEDAP..
Salam sejahtera buat pengujung yang sudi bertandang samada sengaja atau tak sengaja ya. Semuga kalian semua dalam rahmat Allah.
Seperti anda, saya juga mahu Allah merahmati saya sekeluarga, hidup dalam keadaan harmoni, tanpa gangguan orang orang yang irihati dan hasad dengki. Tetapi siapa kita untuk mengelak dari di sakiti, kerana orang lain adalah luar kawalan kita. Namun berdoa adalah lebih baik agar Allah sentiasa menjaga kita.
Jadi, marilah kita sama berdoa untuk diri kita, keluarga kita, sanak saudara kita, kawan kawan kita, sahabat handai dan kaum muslimin semua. Kita tak rugi pun, jika saling mendoakan.
Dunia semakin moden, ya ramai yang suka dunia semakin moden kerana banyak peralatan yang canggih yang mampu meringankan beban kita. Namun, dalam kemodenan dan kecanggihan ini manusia semakin lalai dan asyik dengan kehebatan dunia.
Maaf, bila terasa usia semakin senja, saya lebih banyak berfikir. Kurang bercakap kerana ahli keluarga semakin berkurang disisi saya. Anak yang belajar jauh dari saya, suami yang sibuk dengan kerjanya. Menjadikan saya, asyik berfikir sepanjang hari. Namun, saya tidak lagi stress seperti waktu bekerja dahulu.
Peluang ini saya guna sebaik mungkin dengan perkara perkara yang berfaedah.
ooops!! lupa, saya dah tersasar dari niat asal ini. ok ok, jom jom kita terus ke resepi yang saya ingin kongsikan. Saya just masak ringkas-ringkas jer.Saya gandingkan sayur yang simple ini dengan telur dadar sahaja.
BENDI GORENG BERSAMA TEMPE
bahan-bahannya:
2 keping tempe-potong cuci dan gaul garam dan goreng garing
5 batang kacang bendi
1/2 biji bawang besar-potong bulat
1 biji cili merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk ayam
2 biji cendawan -hiris
sedikit minyak untuk menumis
cara-caranya:
- tumis bawang besar dan putih hingga layu.
- masukkan cendawan, garam, gula dan serbuk perisa ayam. Kacau rata.
- Potong kacang bendi dan terus masuk ke dalam kuali dan kacau rata.
- Masukkan cili merah. Kacau.
- Masukkan tempe dan kacau rata.
- angkat bila bendi sudah lembut dan sesuaikan rasa.
Selamat mencuba.
Semuga memberi manafaat.
Comments
Post a Comment