NASI GORENG NENAS
MASAK RINGKAS NAMUN CUKUP NIKMAT BILA KITA DAPAT MENGHARGAINYA..
Assalamualaikum , salam sejahtera buat pengunjung blog kak Ita.
NASI GORENG NENAS
Bahan bahannya:
1 mangkuk nasi
1/2 cawan nenas yang dipotong dadu
2 kuntum cendawan-di koyak-koyak
1 ekor sotong-hiris bulat
1 biji telur
1/3 cawan taugeh
garam dan gula
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji limau nipis
minyak untuk menumis
bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
cara caranya:
1- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
2- Masukkan sotong,garam dan gula.
3- Masukkan cendawan dan taugeh. Kacau rata.
4- Masukkan nenas dan kacau rata.
5- Tolak ketepi bahan bahan yang telah digoreng dan pecahkan telur. Kacau cepat cepat supaya telur hancur.
6- Masukkan nasi dan kacau rata.
7-Masukkan serbuk lada sulah dan sesuaikan rasa.
8-Pperah limau kasturi semasa menghidang.
SELAMAT MENCUBA..
.
Menu ni adalah menu beberapa hari yang lepas, namun disebabkan tidak berpeluang untuk berada di depan komputer, Kak Ita simpankan sahaja dulu.Tunggu bila ada kelapangan waktu. Sementara nak solat dhuha, Kak Ita tepek sini ya resepinya. Semuga menjadi rujukan atau idea kepada yang mahu masak masak petang ini.
Okey jom tinjau2..
NASI GORENG NENAS
Bahan bahannya:
1 mangkuk nasi
1/2 cawan nenas yang dipotong dadu
2 kuntum cendawan-di koyak-koyak
1 ekor sotong-hiris bulat
1 biji telur
1/3 cawan taugeh
garam dan gula
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji limau nipis
minyak untuk menumis
bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
cara caranya:
1- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
2- Masukkan sotong,garam dan gula.
3- Masukkan cendawan dan taugeh. Kacau rata.
4- Masukkan nenas dan kacau rata.
5- Tolak ketepi bahan bahan yang telah digoreng dan pecahkan telur. Kacau cepat cepat supaya telur hancur.
6- Masukkan nasi dan kacau rata.
7-Masukkan serbuk lada sulah dan sesuaikan rasa.
8-Pperah limau kasturi semasa menghidang.
SELAMAT MENCUBA..
.
Comments
Post a Comment