101 RESEPI UNTUK BISNES DARI RUMAH

101 RESEPI - BUKU BARU SIS ITA ..



Assalamualaikum.. apa khabar semua. Semuga uolls semua sihat sihat hendaknya.

Hari ni entah hari yang ke berapa dah. kak Ita sendiri dah tak terkira dah. Jika dulu.. dulu la.. bangun pagi, terus ingat hari ini hari ke berapa.. siap syukur banyak banyak kerana diberi nafas lagi. Mohon Allah ampunkan dosa dosa  lalu dan mohon Allah gandakan semangat kerajinan untuk duduk bersujud pada Nya.

Tapi kini kian rasa dah dapat sesuaikan diri untuk tidak keluar keluar selalu seperti dulu dulu. Sekali fikir, best jugak work from home. Banyak dapat dijimatkan. Cuma bill letrik dan bill air rasanya yang akan bertambah dan berganda-ganda. Selain ramai ahli keluarga yang berkumpul, si ibu pulak asyik memasak jer kerjanya. Lepas masak, masak lagi..masak lagi..hahahahaha...

Si anak pulak, asyik ngadap phone jer. Tapi.., bukan lah soal itu yang Kak Ita nak kongsikan hari ni. Kak Ita just nak mengwar war kan buku baru kat Ita yang dah pun berada di pasaran tau. Demo masak kat Mall terpaksa di tunda lagi kerana PKP, inshaallah..nanti nanti lah ya. Inshaallah ada jodoh kita jumpa..


Dalam buku ini pelbagai tajuk yang Kak Ita muatkan. Daripada lauk pauk, sayuran, nasi, mi, pasta, pai hingga ke pencuci mulut, semua ada. Wajib ada kat dapur uolls ni.. mesti tau! Kebanyakkan menu harian yang sis kongsikan kat sini. Antara pebret kami lasagna ayam, Nasi kerabu, laksam, Siakap Kengsom, Pastry Fruits Cake dan macam macam lagi.

Uolls boleh order direct dengan kak Ita jika mahukan autograph Kak Ita ya. Boleh email ke ruzieta666@gmail.com 

Inshaallah harga special untuk anda. Boleh juga mesej melalui instagram Kak Ita di ruzieta_92

Okey itu saja info untuk hari ini, semuga anda sentiasa dalam rahmat Allah.

Comments

  1. Buku yang banyak sambutan, walaupun musim pkp. Banyak membantu ibu ibu dan wanita yang work from home

    ReplyDelete
  2. Buku yang banyak sambutan, walaupun musim pkp. Banyak membantu ibu ibu dan wanita yang work from home

    ReplyDelete
  3. Buku yang banyak sambutan, walaupun musim pkp. Banyak membantu ibu ibu dan wanita yang work from home

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts