DAGING KAMBING GORENG TOK MA

DAGING KAMBING GORENG TOK MA


Ruzita's Kitchen



Salam sejahtera uolls.. Semuga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa. Jangan putus berdoa dan terus berdoa ya, walau segetir mana pun kehidupan anda, namun kena ingat ada yang lebih getir lagi dari kita ya.

Kak Ita pun tidak terkecuali, kadang tu ada juga mood yang tak dapat dikawal kerana merasakan ujian kita amat berat, seolah olah kita yang paling teruk sekali Allah uji. Tapi, cepat cepatlah kita sedar yang Allah hanya bagi mengikut kemampuan kita sahaja.

Jangan sedih sedih jom kita tengok apa yang Kak Ita n family masak beberapa hari lepas. Ni sebenarnya pebret encik suami yang gemar dengan hidangan daging kambing. Tak kisah Kak Ita nak buat atau nak masak macam mana. Dia tak kisah asalkan daging kambing..hehehehe.. Jadi seperti mana Kak Ita ada cerita dalam ig Kak Ita, Kak Ita .., akhir akhir ni memang selalu diserang penyakit M (Syndrom Kemalasan yang amat). Suami pulak layan jer..kemalasan surihati nya. Kita pun, apalagi..naik lemak lah kan.

Tapi, Kak Ita rasa lah kan, salah satu puncanya..emosi, faktor usia, takde ransangan dari persekitaran..ya lah.. nak berkawan kawan..tak boleh keluarkan..hihihi.. (Sebenarnya Allah nak dekatkan kita dengan Nya.., fikir kat situ kita akan tenang) OK, jangan layan syndrom pelik2 ni ...

Kak Ita nak selit dulu sedikit resepi daging kambing yang kami goreng beberapa hari lepas. Pasni ni nak teruskan aktiviti harian or nk susun strategi..nak masak apa hari ni. hahaha..

Hubby yang gemarkan daging kambing, so Kak Ita sebab kemalasan teringat daging goreng mak Kak Ita yang sangat simple. Kaedah ni boleh jugak digantikan dengan lembu, daging kijang atau daging landak. Kesemuanya tu, Kak Ita suka! Jom kita tengok.

Ruzita's Kitchen


DAGING KAMBING GORENG TOK MA

Bahan bahannya:
500 gm daging kambing -potong kecil
1 sk garam
1 biji bawang besar- potong bulat or potong baji
3 ulas bawang putih -hiris
1/2 biji tomato
1 sb serbuk cukup rasa
1 batang daun batang-potong halus
1 biji cili merah-hiris
ajinomoto -jika suka
1/2 senduk kecil minyak masak

cara-caranya:

1- Gaul daging kambing dengan garam dan panaskan didalam kuali dengan menutup kuali.
2- Guna api perlahan dan biar hingga kering. sesekali kacau rata.
3- Masukkan minyak masak, masukkan bawang besar dan bawang putih.
4-kemudian masukkan ajinomoto dan serbuk cukup rasa.
5-Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah. Kacau rata.
6- Angkat dan taburkan daun bawang. Sedia dinikmati.

Senangkan. Jom lah cuba.

#semugamemberimanafaat
#happycooking

Jumpa lagi.
Assalamualaikum.

Jangan lupa subcribe youtube channel Kak Ita, like n share ya.

Comments

Popular Posts