KEK PISANG

KEK PISANG YANG GEBU DAN LEMBUT..


Ruzita's Kitchen



Salam sejahtera buat uolls yang sudi singgah di blog Kak Ita yang baru nak aktif semula ni. Bukan apa, kadang kala persekitaran, emosi, keterbatasan masa .., semua nya tu penentu untuk kita teransang untuk membuat apa apa.

Jujurnya, agak lama Kak Ita menyepi dan mengupdatekan aktiviti melalui instagram sahaja. FB pun baru buka semula setelah beberapa FB Kak Ita di hack. Takde rezeki. Mulanya terasa juga geram tu.. tapi takde makna kan.. Kembali Kak Ita ingatkan diri yang semuanya tiada yang kekal.

Walau sayang ,macam mana sekali pun, ia bukan hak kita..semuanya kita pinjam jer dik..


Ruzita's Kitchen



Pernah tak uolls rasa macam sis rasa. Pernah kadang tu sis rasa, ada tak orang yang sis tak tahu berkecil hati dengan sis tapi, sis tak tahu atau tak perasaan. Kak Ita/sis mungkin tidak berniat tetapi pihak yang mendengar tu terasa atau berkecil hati dengan Kak Ita. Takut jika ada yang demikian. Kak Ita berharap sangat jika ada, orang orang ini akan memaafkan Kak Ita.

Okey, jom kita tengok resepi apa yang Kak Ita nak share dengan uolls harini. Esok dah nak puasa, Kak Ita nak langsaikan citarasa yang sekian lama terbuku dalam jiwa ni. Dok tengok kek pisang lalu lalang jer dekat ig story kawan kawan. Mulanya ingat nak order jer dengan homebaker area seremban ni sebab ada penyakit M..hahahahaha.. kau ingat hakak rajin ye dik!!

Tapi sebab esok nak puasa, Kak Ita terpaksa merajinkan diri takut kempunan esok, kan...hehehehe.. Tapi, jika dah memang ada penyakit M ni, tak sembuh sembuh lagi, si anak dara cam faham jer..terus datang membantu tanpa dipaksa paksa. Senang banyaklah kerja sis.. Kak Ita apalagi, jadi pengarah kat dapur sendiri la.... eeehhh.. tak boleh riak tau.. alhamdulillah..., Allah gerakkan hati anak anak perempuan nak tolong.


Banana Cake Ruzita's Kitchen


Okey, jom..Kak Ita share resepinya.

KEK PISANG MOIST DAN LEMBUT

bahan bahannya:

6 biji pisang berangan-lecek halus
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur -gred A
1 cawan gula halus
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu besar ovellete
1 sudu kecil esen pisang
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder

Cara caranya:

1- Panaskan oven 15 minit sebelum membakar.
2- Sediakan loyang saiz 8"X8" tetapi Kak Ita guna 9"X9" .
3-Alas loyang dengan baking paper dan sapu mentega sekeliling loyang. 
4- Lenyek pisang hingga hancur dan halus. Masukkan soda bikarbonat dan kacau rata. Ketepikan.
5-Putar telur, gula, esen pisang dan ovellete hingga kembang dan gebu.
6- Masukkan Pisang dan kaup balik hingga rata.
7-Masukkan pula tepung gandum dan di ayak bersama baking soda dan kaup balik hingga rata.
8-Masukkan pula minyak jagung dan kaup balik hingga rata.
9- Tuangkan ke dalam loyang dan hentakkan untuk keluarkan gelembung udara. Jangan hentak kuat kuat macam mengamuk pulak dik, pelan pelan jer..
10- Boleh hias dengan hirisan pisang diatas nya jika suka.
11-Bakar selama 50-60 minit dengan suhu 170͒͒͒͒͒ C atau hingga masak. Suhu oven biasanya berbeza, hanya tuannya jer yang tahu. So, berkenalan lah dulu dengan oven uolls ya..

Ruzita's Kitchen

p/s: nak tahu kek kita masak, cucuk dengan lidi atau cake tester, jika tak melekat.. kek uolls dah masak lah tu.. aaa giteww.. Lagi satu dik, hirisan pisang tu jangan tebal tau.. nanti ia tenggelam. hiris nipis nipis jer, pastu susun cun cun gitu.

Waahh.. lembut amat dik.. memang sedap.  Simpan resepi ni leklok dik non ooii..resepi ni memang sedap ni. Siapa yang rasa air tangan adik2 yang buat ni tentu tak lena tidur ni.. Memang sedap yang amat..  Sedar tak sedar, suami belum balik lagi, dah tinggal separuh dah dik...hehehehe.. tercapai dah citarasa sis. semuga bulan puasa ni takde lah kempunan kan.


Okey selamat mencuba ya. Semuga ianya memberi manafaat.

Salam manis buat anda.



Comments

Popular Posts