MEE GORENG YANG SEDAP AMAT

MEE GORENG SIMPLE..DAN SEDAP..



Salam sejahtera. Semuga kalian sentiasa dalam lindungan Allah. Hidup dan mati kita biarlah sentiasa kerana Allah. 


Diberi nikmat berkeluarga pun dengan rahmat Allah, diberi ada kerjaya pun dengan rahmat Allah, ada keluarga yang lengkap, jiran jiran yang baik, kawan kawan yang sentiasa support kita pun semua dengan rezeki dari Allah. Siapalah kita nak buat dan nak dapatkan semua tu jika tiada izin Allah.

Jadi, dalam satu hari ada 24 jam, meh lah kita ambil 1 jam atau paling malas pun setengah jam pun tak apa untuk kita menimba ilmu ilmu Allah. Buka youtube tekan saje..tajuk apa yang uolls nak. Semua ada. Ustaz or ustazah mana yang uolls suka..semua ada. Rezeki jugak namanya tu.

Beza dengan mak mak kita dulu, nak dengar orang mengajar kena keluar rumah, nak kena pergi masjid..baru mereka dapat ilmu. Jadi tak ada sebab kita nak tolak ilmu yang memang dah ada dihujung jari kita. Ingat tau.. ini pesan akak yang dah tua, jika masa boleh putarkan akak ke 30 atau 20 tahun lepas, akak tak akan sia siakan. Akak nak belajar al quran hingga cair hingga setiap huruf huruf atau tanda tanda dalam alquran tu semua nya rasa nak hafal. Nak tahu maksud setiap simbol simbol dalam al quran. Ya Allah, terasa amat hina bila usia yang panjang tidak dipergunakan seelok eloknya.

Semuga Allah memaafkan kita semua.


So, jika berpeluang, rebutlah peluang itu dik.

Okey..dah. Makcik dah habis bebel.. jom kita masak pulak.
Akak nak share kan resepi breakfast akak ya, mee goreng yang sangat simple ini.

MEE GORENG

bahan bahannya:
1 peket mee goreng- akak siram air panas sekejap.
100 gm bunga kobis
100 brokoli
5 kuntum cendawan-hiris nipis
2 biji telur
1 keping tauhu-goreng dan hiris
1 sk garam
1 sb serbuk cukup rasa
1/2 senduk kecil minyak masak

bahan bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1/2 inci belacan
1/2 biji tomato
2 biji cili merah
1 biji cili merah-hiris

cara-caranya:

panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak.

masukkan garam dan serbuk cukup rasa. kacau.

masukkan telur kacau cepat hingga gula hancur.

masukkan sayur dan cendawan. Kacau.

Akhir sekali masukkan mee dan kacau rata.
Sesuaikan rasa.

Taburkan tauhu goreng, daun sup or daun bawang diatas mee goreng ketika menghidang.

Boleh tengok video di youtube Kak Ita ya. Klik DI SINI . Jangan lupa subcribe, like and share ya.

Selamat mencuba ya.
Happy Cooking
Semuga memberi manafaat.

Comments

Popular Posts