PUDING JAGUNG

PUDING JAGUNG REPEAT LAGI..


Puding Jagung


Salam sejahtera uolls. Apa khabar. Kak Ita terbuat lagi puding jagung walaupun baru beberapa hari sebelum puasa dah buat. Bukan apa, rasa sedapnya menarik narik selera kami yang makan tak sempat jemu hari tu. 

Kali ini Kak Ita sertakan resepi nya untuk anda cuba ya. Semasa sebelum puasa haritu, Kak Ita berazam nak memuatkan semua resepi resepi yang biasa kami hidangkan buat keluarga kami. Kak Ita terasa terpanggil bila merasakan Kak Ita tak ada sumbangan buat orang lain. Seperti kata ilmuan, jadilah makhluk Allah yang dapat memberi manafaat kepada makhluk lain. Ya lah, hidup kita harus ada manafaat juga pada insan lain, baru lah rasa ada keperluan dan lebih bermakna kenapa Allah jadikan kita kan selain mahu menguji ketaatan kita sebagai hambaNya.

Nak memberi cara lain, kak Ita tak ada cara lain dah kan. Kecualilah Kak Ita ni jutawan, tentu dapat membantu banyak golongan yang memerlukan. Jadi Kak Ita beri apa yang Kak Ita ada. Resepi atau ilmu yang Kak Ita ada, akan Kak Ita kongsikan dekat sini. Sebelum puasa hari tu berazam lah nak uploadkan 2 resepi satu hari. Rupanya bila masuk bulan puasa, kudrat tak seperti dulu. 

Kak Ita terasa sangat ketuaan Kak Ita. Terima lah ketentuan Allah buat kita dengan tenang dan syukur kan. Jalan terbaik untuk diri kita. Ada jugak sebelum PKP hari tu,  teman teman ajak pergi erobik untuk geng geng otai. Tapi, buat masa ni, Kak Ita belum bersedia lagi. Masa yang ada sangat sangat berguna dengan Kak Ita yang nak buat macam macam ni. Kak Ita dah enjoy dengan hidup sekarang. Ada masa untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk hobi. Itu sudah cukup buat Kak Ita gembira dalam hidup.


Ruzita's Kitchen

Honestly, terasa takda lagi nafsu nafsu yang nak macam macam seperti 30 tahun dahulu. Dahulu, kita rasa .. kita nak macam macam..bila usia usia macam ni, kita akan rasa, kita tak nak bebankan otak kita dengan macam macam..mahu hidup kita tenang tenang dan selesa jer. Ingat ya adik adik, jangan masa kita muda kita tak pandai uruskan kewangan dengan bijak. Bertindaklah ikut akal yang waras, rancang masa depan, beringat atau buat preparation seperti simpanan yang mencukupi ketika kita dilanda musibah atau apa sahaja. Bertindak dengan beringat ingat ketika awal awal permulaan hidup berkerjaya adalah satu tindakan yang bagus. Beli insuran atau letak pelaburan ditempat yang selamat.

Panjang pulak rasanya celoteh Kak Ita kali ini. Jom lah kita jenguk jenguk  resepi Kak Ita. Inshaallah beberapa hari lagi Kak Ita akan share kan resepi resepi biskut pulak.


Ruzita's Kitchen

** uolls boleh DI SINI untuk tengok video youtube channel akak ya.

PUDING JAGUNG

1 1/2 sudu besar serbuk agar agar ( jika nak sedikit lembut boleh letak 1 sb sahaja)
500 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan (optional)
200 ml susu cair
1 tin cream corn (jagung)
1 sk pewarna kuning

satukan bahan berikut:(bancuh)
1/2 cawan air
6 sb tepung kastad
1 biji telur

cara-caranya:

1- masukkan air, daun pandan, serbuk agar agar dan gula.
2- Bila mendidih, masukkan cream jagung.
3- Masukkan pula susu cair dan pewarna kuning.
4- bila mendidih, masukkan pula bancuhan tepung kastad.
5-Kacau hingga pekat dengan api perlahan.
6- Tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
7-Sejukkan.

Selamat mencuba. Happy Cooking

#semuga bermanafaat
#untukrujukananakcucu
#resepimudah
#ruzitakitchen
#agentinsuran

Comments

Popular Posts