UDANG MENTEGA YANG SEDAP

BUTTER PRAWN MENGGODA..



Salam sejahtera.., semuga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.

uii..memang bercinta tul dengan dunia PKP sekarang ni.. betul betul duduk makan tidur jer kerjanya. Encik suami dan anak kerja, yang tinggal kat rumah berapa ketol jer. Sis pilih duduk dan duduk saje2.. tanam sayur pun tanah sekankang kera jer.. kejap jer masa habis kat situ.

Tanam labu sepohon dua, tanam bendi 6 pokok, kangkung sikit, sawi sikit, peria dan sedikit ulam2. Penuh dah ruang tepi rumah. Kita ada sebelah jer ruang bertanah.., sebelah lagi berkongsi dinding 😂. Tu pun nasib baik pokok pokok bunga  di naikkan ke balkoni di tingkat atas. hajat tu nak buat mini garden dibalkoni atas. Boleh santai2 waktu malam bila rasa rindu kat mak di kampung. Jika duk kampung kan best.. Dulu dulu pernah berangan angan tau. Nak balik kampung and nak tanam banyak pokok sekitar rumah. Ada macam macam pokok pokok buah, macam macam pokok pokok bunga.. Tapi angan tinggal angan angan jer lah.

Hari ni Kak Ita nak share kan resepi butter prawn, jika kat kampung makcik kita panggil udang mentega..hehehehe..


Entah kenape rasa nak makan hidangan ni hari tu setelah melihat udang segar dan besar besar yang encik suami bawa pulang. Jika dulu encik suami tak pernah ke pasar untuk beli lauk bagai. Sekarang dah pandai dah dia. Tu pun sib baik saranan kerajaan yang setiap rumah hanya boleh keluar seorang sahaja, iaitu ketua keluarga. Secara tak langsung, dah pandai hubby kita ke pasar. hehehe.. ada hikmahnya..

Okey, tak mahu cakap banyak banyak. Jom kita tengok resepinya ya.




UDANG MENTEGA

Bahan bahannya:

 500 gm mentega - cuci dan toskan
1 sk garam

3 tangkai daun kari
3 biji kuning telur
1 sb susu cair
2 sb mentega

minyak secukupnya untuk menggoreng

cara caranya:

1- Gaul udang bersama garam.
2-panaskan 1 senduk minyak dan 2 sudu besar mentega, goreng udang hingga  masak.
3- angkat dan ketepikan.
4- Goreng daun kari hingga sedikit garing dan taburkan ke atas udang.
5- Dalam kuali lain, panaskan minyak 2/3 kuali.
6-Bancuhkan susu dan kuning telur, masukkan ke dalam jug kecil.
7-Tuang ke dalam kuali dan kacau dengan bawah senduk dengan cara pusingan tanpa henti dengan tidak terlalu laju.
8- Telur akan menjadi bertali halus.
9-Angkat dan toskan dan taburkan ke atas udang tadi. Taburkan juga cili padi yang dihiris halus.
10- Sedia dinikmati.

Selamat Mencuba.

Doa sis semuga memberi manafaat. boleh layari youtube channel sis untuk video lengkap.

Juga boleh lihat di igtv instagram akak ya : ruzieta_92

Youtube channel : https://www.youtube.com/watch?v=v7l5U0IjQ9c

Ikhlas nya, Kak Ita berharap ianya memberi manafaat yang berpanjangan.

Assalamualaikum.


Comments

  1. Wah! Selamat berblogging Ita... rajin2 share masakan ye. Dan selamat meneruskan PKP.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts