BISKUT ALMOND LONDON

BISKUT RAYA EVERGREEN..


ruzita's kitchen

















Salam sejahtera buat anda semua, semuga uolls semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah. Kak Ita sini semuanya okey okey jer. Cuma bertambah sedikit kepenatan bila banyak order last minute diterima. Mulanya ingat tak buat biskut raya tetapi bila seorang teman yang mempunyai bakery meminta kak Ita buatkan biskut raya kerana tetiba ramai pulak pelanggan nya meyerbu ke kedainya untuk membeli biskut raya. kawan Kak Ita pulak menyangkakan musim pkp tiada sambutan raya seperti biasa, jadi, dia tidak lah bersedia dengan banyak biskut seperti biasa.



Bahan bahannya:

220 gm mentega
80 gm gula aising
20 gm shortening
30 gm tepung susu
150 tepung gandum
200 gm tepung jagung
500 gm coklat masakan
3 sb minyak jagung
Badam secukupnya-dibakar dahulu
papercup plastik secukupnya
badam cincang @ manik gula warna warni untuk hiasan

ruzita's kitchen

Cara caranya:

1- Putar mentega, gula aising dan shortening hingga kembang.
2- Masukkan tepung gandum dan putar lagi.
3- Masukkan pula tepung susu, kemudian tepung jagung dan putar rata.
4- Uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.
5- Ambil sedikit doh, besar sedikit dari biji guli dan leperkan.
6- Letakkan badam dan tutup bentuk bujur atau bulat mengikut citarasa.
7- Buat hingga habis dan bakar selama 20 minit dengan suhu 170*C. Sejukkan.
8-Membuat topping: cairkan coklat bersama minyak jagung secara double boiler. (boleh rujuk video cara cairkan coklat di link dibawah)
9- Celupkan biskut ke dalam coklat dan letak ke dalam mangkuk kertas plastik.
10- Taburkan manik gula atau badam cincang dan biarkan hingga keras.
11- Simpan di dalam bekas kedap udara.
ruzita's kitchen

Selamat mencuba. Semuga memberi manafaat.

Boleh juga melihat video di youtube channel Kak Ita ya. Ruzita's Kitchen.



SELAMAT HARI RAYA

Comments

Popular Posts