BISKUT SAMPERIT SUSU

BISKUT SAMPERIT SUSU YANG RANGUP..

Ruzita's Kitchen
Salam sejahtera uolls, apa khabar ya. Beberapa hari dah nak raya. Ada yang dah khatam quran ke.., Kak Ita belum lagi. Kelam kabut dah rasanya bila dah dekat sangat nak habis bulan ramadan kan.


Semua benda rasa nak buat. Kudrat dah tak banyak macam dulu. Usia makin lanjut, letih jer memanjang. Namun kak Ita tetap jugak lah nak bersyukur. Bila kita rasa susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Bila kita rasa payah, ada lagi orang yang lebih payah dari kita. Bila kita rasa miskin, adalagi orang lebih miskin dari kita. Bila kita rasa, kita belum mampu ada rumah, adalagi..orang yang tak mampu pun nak sewa rumah..jadi, syukurlah jalan terbaik buat kita disamping berdoa banyak banyak..semuga Allah permudahkan urusan kita.

Hidup kena banyak berfikir. Jangan banyak bercakap. Jom kita perbanyakkan muhasabah diri. Kak Ita pun tak terkecuali dari berbuat dosa, kita pendosa.. bezanya, ada orang dia sedar lalu bertaubat, ada orang dia tak terasa pun berdosa. lalu kita doakan yang baik baik buat orang yang seperti ini. Semuga kita mendapat pahala juga dengan mendoakan dia selain berharap dia akan berubah. 

Ada orang, dia tahu dia berdosa, tapi ego untuk mengaku. Tak apa lah, kita doakan muga hati nya lembut dan mengakui kesalahan nya dalam diam.

Ruzita's Kitchen
Uolls dah prepare apa ya untuk raya dengan family nanti. Kak Ita jika diikutkan, tak ada mood raya tahun ini kerana tak dapat cium tangan mak ayah. Tapi, tak apa lah. Demi untuk anak anak, Kak Ita cuba buatkan keceriaan untuk anak anak, agar mereka tak terasa raya tahun ini terasa sunyi dan terpencil serta terkurung di dalam rumah.

Untuk itu, kak Ita buatlah jugak biskut beberapa jenis. Alaa.., biskut evergreen camtu. Samperit. Jom kita tengok resepinya. Semuga memberi manafaat.

Ruzita's Kitchen

SAMPERIT SUSU
rujukan: 100 RESEPI BISKUT MUDAH & CEPAT
Penulis: Ruzita Idias Ismail (Ruzita's Kitchen)

bahan bahannya:

200 susu pekat
200 gm mentega
400 tepung jagung

Cara caranya:

Gaul bersama mentega/marjerin dan susu. Kacau hingga sebati. jangan guna hand mixer ya!

Bila sebati masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga lembut.

Masukkan ke dalam acuan samperit dan tekan ke atas dulang. Ulang hingga habis adunan.

Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.

SELAMAT HARI RAYA

Comments

Popular Posts