GULAI KETAM

GULAI KETAM TERAMAT SEDAP..KATA NYA..

Ruzita's Kitchen

Salam sejahtera semua..semuga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya.

Dah dekat nak raya ya.. apa persiapan anda. Kak Ita rasa tentu tidak seperti tahun tahun sudah kan..? Begitu juga dengan kak Ita, kami tidak lah membuat persiapan untuk beraya seperti tahun tahun sudah. tambahan lagi, tahun ini Kak Ita dan keluarga tak dapat pulang ke kampung, menambahkan lagi mood rasa yang berkurangan ni. Sedihkan? Tangan kita tak dapat lagi menyentuh tangan orang tua kita. Sedih.

Apapun hidup harus diteruskan. Bertabah lah ya. Kak Ita nak kongsikan menu hidangan Kak Ita 2 hari lepas ni. Sayang jika tak letakkan disini , nanti anak anak Kak Ita rindu nak masak masakan ni bila Kak Ita tak ada nanti, sekurang kurangnya dia akan merujuk disini. Inshaallah.

Okey jom.

Ruzita's Kitchen

GULAI KETAM
bahan bahannya:
1 kilo ketam
350 ml air
5 batang kacang panjang-potong panjang
1 1/2 sk garam
1/2 sb gula
2 sb serbuk cukup rasa
200 ml santan pekat
1 keping asam gelugor

bahan bahan kisar halus: 
2 inci kunyit
1 inci lengkuas
1/2 biji bawang besar
500 ml air
2 ulas bawang putih
3 biji cili
cara-caranya;
1- masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
tambahkan air.
2- Masukkan asam gelugor
3- Bila mendidih, masukkan ketam.
4- Masukkan pula, santan pekat. Kacau hingga mendidih.
5- Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
6- Bila ketam masak, masukkan kacang panjang sekejap.
7- Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

Sayur boleh diganti dengan timun, peria atau pucuk paku. kak Ita jika masakan ketam ni, Kak ita suka ratah macam tu sahaja.
Okey selamat mencuba.

Comments

  1. Assalamualaikum Ita,
    saya pun tak buat persiapan untuk raya tahun ini. Dua anak masih tersangkut di Malaya, penerbangan dibatalkan atas nasihat KKM, sebab abah kekurangan tempat kuarantin. Redha dengan apa yang berlaku, yang penting anak-anak selamat.
    Saya suka sangat gulai ketam begini. Aroma lengkuas tu penambah selera!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts