PUDING KOKTAIL

PUDING KOKTAIL YANG SEDAP..


Ruzita's Kitchen

Assalamualaikum.. apa khabar ya. Lusa dah nak raya. Dah banyak ke buat biskut dan preparation untuk sambutan raya kecil kita tahun ini. Dulu, awal ramadan, Kak Ita terfikir tak ada kemeriahan raya tahun ini kerana tanpa memegang tangan orang tua kita. Namun bila dah dekat dekat nak raya macam ni, terfikir pulak, walaupun tak ke mana anak anak tetap perlu diraikan dihari kebesaran ini.


Jadi Kak ita sudah mula memikirkan apa yang harus dimasak dan di hidang untuk makan pada pagi raya dan selepas solat sunat raya nanti. Kami bercadang nak buat juga solat sunat raya dan bacaan khutbah agar raya tahun ini tetap diraikan. Anak anak tetap dengan pakaian raya yang dibeli melalui online. Cuma Kak Ita dan suami pakai saja mana mana baju yang sedia ada.

Ruzitas Kitchen

Jujurnya, Kak Ita tak ada perasaan langsung nak membeli baju baru sekarang kerana baju baju masa bekerja masih sangat banyak lagi yang baru. Terasa sedikit membazir sangat suatu masa dulu. Membeli tanpa berfikir panjang. Menjadikan almari Kak Ita tiada ruang lagi untuk pakaian dan terpaksa masuk ke dalam kotak dan sesetengahnya dijual di Coursell. Nak di simpan untuk anak anak tak sama saiz badan.

Hari ini kak Ita nak sharekan menu simple yang sedap untuk dihidangkan untuk berbuka dan raya nanti.

Jom Kak Ita sharekan puding yang sangat sedap ini. Semuga boleh di buat masa raya nanti ya.


Ruzita's Kitchen


PUDING COCKTAIL

Bahan bahannya:

900 ml air
160 gm gula pasir
20 gm agar agar tali
1 tin susu cair
1 tin buah buahan koktail

Cara caranya:

1- Agar agar tali rendam 30 minit supaya lembut dan mudah larut.
2- Satukan air, agar agar dan gula pasir.
3- Masak hingga mendidih dan gula larut.
4- Masukkan buah buahan koktail dan kacau.
5-Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih. Tutup api.
6- Basahkan acuan atau loyang. Tuang agar agar ke dalam acuan dan biarkan hingga suam.
7-Kemudian masukkan kedalam peti sejuk. Biar keras.

Boleh rujuk video langkah demi langkah di link dibawah ya:

https://www.youtube.com/watch?v=37lVin2hj_0&t=106s


Selamat mencuba.


Comments

  1. As slm ita..ingt kk lg x...lama nk jejak ita .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, tak perasan mesej sini. Lama tak update blog, tak boleh nak buka dah. Nnt nak ikhtiarkan.

      Delete

Post a Comment