PUDING LUMUT

PUDING LUMUT YANG SENTIASA DIHATI..

Ruzita's Kitchen


Salam sejahtera semua.. apa khabar uolls.. Kak Ita tergelincir dari dari landasan berblog beberapa hari ni. Entah kenapa, orang lain nampaknya hidup tenang tenang jer di rumah bila musim pkp ni. Kak Ita ni pulak rasa semakin haru pulak. Aktiviti makin sibuk, masa seakan akan makin singkat. Macam bukan 24 jam pulak!😌

Redha aje lah kan.. begitu lah hidup kita ada pasang surut nya. Walaupun anak anak semuanya dirumah, takde lah boleh membantu sangat kan sebab mereka "work from home", tak nak lah kacau kacau kan. Bila dipanggil,  mereka menolong jer tapi kita rasa tak sedap hati lah sebab mereka bekerja kan. Kita buat ajelah mana yang termampu. Abah nya, asyik phone jer 24 jam..hahahaha.. dah jemu tengok maknya..hampir 30 tahun dah.. dah tak lama..lagi, beberapa tahun lagi genaplah 30 tahun berkongsi hidup. Nak hadap muka kita pun jemu jugak agaknya. Kita pun buatlah kerja kita. 

Ruzita's Kitchen



Sebenarnya, tak ada apa yang special sangat hidangan kami di bulan puasa ni. Macam hari hari biasa jer. Tak macam kita kecik kecik dulu ya.. bulan puasa mesti mak layan kita nak makan apa saja. Mungkin belanja sedikit lebih berbanding dengan hari hari biasa. Sebab nak tengok anak anak berpuasa dan rasa kasihan melihat anak anak letih. Jadi mereka rela berbelanja lebih sebagai reward untuk anak anak. Tapi tu dulu lah kan.. Sekarang ni mana ada, puasa ke tak puasa ke..sama jer.. tapi mungkin lah di musim PKP ni, mak ayah ada banyak masa di rumah boleh masak yang special sikit dari hari biasa kut. 

Ruzita's Kitchen

Paling Kak Ita suka tengok bila ramai yang dah cuba masak masak kat rumah, ada menjadi elok jer, tak terkecuali yang tak jadi.., pun ada. Hingga ada FB group Masak Apa Pun Tak Jadi..😜 Kelakar jugak Kak Ita tengok hasil hasilnya, tapi tak apa, sebenarnya semangat nak cuba tu yang penting. Usaha, semangat, berani.. akak salute!!

Hidangan yang Kak Ita nak share hari ni, hidangan semalam. Puding Lumut simple yang amat. Selepas masak masak lauk tu kak Ita buat lah puding ni. Lauk pula malas nak ambil gambar.. malas lagi...hihihi..

Ruzita's Kitchen


PUDING LUMUT

Bahan bahannya:
350 ml air
1 biji telur +       }
santan               } jadikan 150ml
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 cawan gula
2 sudu kecil serbuk agar agar
1 helai daun pandan

Cara caranya:

1- Satukan ke dalam periuk, air, gula, serbuk agar agar dan daun pandan. Kacau rata.
2- Panaskan hingga mendidih.
3- Bila mendidih, tapiskan adunan santan dan telur tadi kedalam periuk.
4- Masukkan pewarna hijau. Kacau.
5- Kacau jika nak kan telur atau kejadian lumut nampak halus.
6-  Biarkan mendidih sekejap dengan api sederhana.
7- Tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan.

Kak Ita menggunakan acuan plastik bersaiz 5" yang dibeli di Mydin, cuma RM2. You uolls boleh lah cuba. Alhamdulillah sedap kena dengan selera kami anak beranak. Habis licin tak berbaki uolls..💖

Maaf ya, gambar tak cantik kerana diambil semasa hampir jam 7 petang. Kak Ita tak mahir dalam photography lagi💝

Semuga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda semua. Assalamualaikum. Semuga Allah merahmati kita semua.



Comments

Popular Posts