SUP AYAM JAGUNG MANIS

SUP AYAM JAGUNG MANIS STYLE RUZITA'S KITCHEN


Ruzita's Kitchen



Salam sejahtera dan semuga uolls semua sentiasa dalam rahmat Allah. Semuga sentiasa dilimpahi rezeki, hidup yang sihat, tenang, tiada yang dengki dan iri hati dan sentiasa disayangi. Alhamdulillah.

Masak apa semalam untuk berbuka dan bersahur. kak Ita, jujur nya dah mula rasa tak ada selera nak makan. Nak minum air sejuk jer banyak banyak bila tiba waktu berbuka. Tak lalu akak ni walaupun tengok anak anak dan suami sibuk bertambah tambah makannya. Akak tetap tak boleh nak menelan nasi. tak kena selera uolss. So, macam mana nak dapat tenaga kan. Jadi Kak Ita pun terus lah berfikir, macam mana nanti kalau sahur dibuatnya tak lalu nak makan macam ni kan.  Tapi, alhamdulillah.. dipermudahkan Allah. Sahur tadi Kak Ita masak siakap goreng air asam. Walla... laju jer makan nasi. Tapi Kak Ita tak sempat pun nak bergambar dengan menu tu. Kalut takut tak sempat nak sahur, nak kejar waktu. Nanti, inshaallah Kak Ita akan share kan nanti dan buat video.

Tapi, pagi ini Kak Ita nak sharekan menu berbuka iaitu Sup Ayam Jagung Manis Style Kak Ita ya..

Ruzita's Kitchen


Menu ni kesukaan anak anak dan suami. Mereka pengemar sup. Suami pulak jika boleh nak kurangkan menu bersantan katanya. Kata nya.. lah, tapi kadang kadang tersasar jugak bila nampak kari. Kikiki...

Kak Ita suka dengan menu yang simple simple sebenarnya. Mungkin dah terbiasa kerana dulu kerjaya Kak Ita yang sangat sibuk dan balik lewat malam dan nak  masak untuk family. Mereka dengan sabar tunggu Kak Ita balik kerja untuk masak dan kami nikmati bersama. Penat memang penat tapi nikmat dapat sediakan hidangan untuk family hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi, kebanyakan menu menu nya tentulah yang mudah dan sedap.

Jom Kak Ita kongsikan. Mana tahu menjadi idea untuk uolls nanti. Harapan Kak Ita semuga ia memberi manafaat dan rujukan anak anak Kak Ita bila mereka rindu dengan masakan Kak Ita bila satu hari nanti, tentu Kak Ita akan di jemput Nya. Allahu akhbar!

Jom!!

Ruzita's Kitchen



SUP AYAM JAGUNG MANIS

Bahan bahannya:

1  biji jagung manis -potong 4@5 ketul besar
1/2 ekor ayam potong sederhana-cuci bersih
1 senduk kecil rempah sup
1 batang saderi- potong kecil
1 biji kentang - potong 6
1/2 batang lobak merah- hiris bulat
2 sk garam
2 sb serbuk cukup rasa
3 biji cili padi - ketuk (nk pedas boleh tambah)
sedikit serbuk perasa @ ajinomoto
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih-hiris/cincang
1/2 biji bawang besar- hiris/cincang
sedikit minyak untuk menumis

Bahan bahan kisar halus :
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1/2 sb lada hitam
1 batang saderi
250 ml air

Cara cara nya:

1- Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2- Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga layu.
3- Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit bau.
4- Masukkan 1.3 liter air dan kacau rata. Biar hingga mendidih. 
5- Masukkan rempah sup, kacau rata.
6- Masukkan ayam dan kemudian, masukkan jagung.Tutup periuk, biar ayam dan jagung separuh empuk.
7- Masukkan pula kentang, lobak merah dan batang saderi.
8- Bila semuanya empuk, masukkan garam, serbuk perasa, serbuk cukup rasa dan cili padi. 
9- Sesuaikan rasa. Tabur bawang goreng, hirisan daun bawang dan sup ketika hendak menghidang.
10- Sedia dihidangkan

Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan lupa subscribe, like share. Klik di link dibawah untuk ke youtube chanel Kak Ita ya.
Happy cooking.





Comments

  1. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts