RAYA 2024/1445H

RAYA 2024/1445H 



Alhamdulillah, sedar sedar dah 13 Syawal. Sekejap jer masa berlalu kan? Rindu masih membahang dijiwa bila mana mahu meninggalkan parent tercinta di kampung. Saat berkumpul adik beradik memang membahagiakan. menunjukkan kegembiraan dikalangan adik beradik dihadapan ibu ayah memang akan dapat menyejukkan hati orang tua. As a parent, kita akan dapat merasakan rasa itu. Mahu melihat anak anak sentiasa dalam keadaan yang harmoni dan bahagia, itu lah impian kita sebagai ibubapa. 


Namun, memang tidak dapat diakui, bukan semua orang akan memiliki rezeki keluarga yang harmoni, bahagia, kaya dan menghiburkan. Setiap orang ujiannya berbeza. Sebab itu, jadilah orang yang baik baik, jangan kerana kita  silatulrahim menjadi rosak dan terputus. Kak Ita, alhamdulillah.. mempunyai adik beradik yang ramai, 7 orang. Mak ayah masih ada dan sihat. Syukur.  Sehingga saat ini, kami adik beradik sangat saling menyayangi  dan tolong menolong antara satu sama lain. Alhamdulillah. Berkat ajaran ibu yang sangat mementing didikan agama, kami membesar dalam berkasih sayang.


Kak Ita mahu terapkan ajaran ibu kepada anak anak Kak Ita pula. Walaupun sedikit mencabar dengan keadaan zaman sekarang, namun..kita harus.. dan bukan menciptakan pelbagai alasan kerana hidup ini sangat keras dan syurga itu mahal. Doa kena banyak banyak. Cabaran tetap akan ada kerana ibu dan ayah kita bukan dari corak hidup yang sama. Masing masing tentunya merasakan cara mak ayah mereka yang lebih baik. Apapun, berbalik lah kepada ajaran Islam. Kita ikut cara Islam mendidik, jika dulu pernah tersilap..kita betul kan balik. Mudah mudahan Allah permudahkan niat dan matlamat kita. 

Kak Ita, Alhamdulillah, suami amat memahami dan sentiasa memberi sokongan dan persetujuan kepada Kak Ita dalam mendidik anak anak. Cumanya, sedikit terkhilaf, sebab dulu banyak soal mendidik diberi kepada pengasuh kerana kekangan masa dan tugas Kak Ita. Namun, masih lagi Allah beri kesempatan ini untuk mengubah mana yang perlu.

Setiap hari Kak Ita akan berdoa agar Allah permudahkan setiap urusan dan impian Kak Ita. Walaupun usia makin senja, Kak Ita ada beberapa impian lagi yang belum terlaksana. Dah nama nya, manusia kan.. keinginan sentiasa ada. Hehehehe…

Tak mahu sembang lama lama, Kak Ita just nak ucapkan selamat hari raya. Dah banyak hari artikel ini di tulis.., namun harini baru sempat edit, tambah dan post. 


Thank you everyone. Love you alls 💕 


Ruzita Idias Ismail



Comments

Popular Posts