Monday, 26 January 2015

NASI GORENG PATTAYA

NASI TAK HABIS LAGI..!!!


Assalamualaikum.. selamat pagi semua. Alhamdulillah.. syukur pada Allah masih lagi memberi ruang bernafas dan menikmati kurniaan Mu yang tak terkata besarnya. Nikmat yang menjadikan kami alpa terkadang tu.., astragfirullahalazim.. Allahhu Akhbar!! 

Dan.., pagi-pagi seperti ini, dikurniakan rezeki untuk makan, makan makanan yang baik dan sempurna..alhamdulillah. Syukur ya Allah. Ita sedar.., ramai lagi yang tak mampu di luar sana..tak dapat nak menikmati makanan, tinggal dalam keadaan daif, tinggal dalam khemah.., tinggal di suasana peperangan.. ya Allah.. bersyukur sangat-sangat.. dan tentunya mereka tak mampu untuk menikmati makanan seperti kita hari ini..

Ya..Ita sedar.., setiap apa yang Allah berikan pada setiap kita adalah berbeza. Dengan kita yang dapat cukup makan pakai seperti hari ini, kita di beri ujian dalam bentuk lain pulak. Jadi, jangan lah merasakan teraniaya bila ujian yang datang menimpa itu. Itu tandanya Allah mahukan kita mengingati Nya. Sifat manusia..bila dilanda musibah kita akan meningati Allah. Jadi Allah tak mahu kita melupakannya, di tarik sedikit nikmat itu. Dan kita akan kembali mengingatiNya dengan kerap.

Jadi, peringatan kepada Ita dan muslimin semua, jangan sesekali kita melupakan Allah walau dimana dan apa yang kita lakukan. Sekecil-kecil ingatan..mulakan dengan bismillah dengan setiap perbuatan kita.

Panjang pulak luahan rasa Ita pagi ni ya.. Nak kongsi resepi ke tak nak ni.. aissh! janganlah macam tu.. sekadar peringatan sesama sendiri.. tak salah kan..

Bangun pagi ni.., Ita tengok adalagi nasi lebihan malam tadi.. alamak.. takkan nasi goreng lagi. Dah berapa hari makan nasi goreng ni.. hihihi.. manalah idea ni..nanti customer (ahli rumahku..) complaint pulak.. hari-hari makan nasi goreng..

Fikir dan fikir..naklah Ita ubah selera sikit.. dapatlah idea nak buat nasi goreng pattaya. Huhh!! alhamdulillah.. favourite hubby dan anak-anak tu..

Jangan lengah lagi mari Ita sharekan resepinya ya..

Nasi goreng boleh di goreng macam biasa..cuma nya jangan letak sayur byk..Ita letak mix Vege sahaja supaya mudah proses melipatnya.

NASI GORENG

Bahan-bahannya:

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi
3 mangkuk nasi
1 sudu garam
1/2 kiub pati ayam
1 cawan mix Vege (carrot, kacang buncis & jagung)
3 biji telur
3 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
  2. Panaskan minyak, goreng bahan tumbuk hingga layu, masukkan garam dan kiub pati ayam. Kacau.
  3. Masukkan nasi dan mix vege. Kacau rata.
  4. Sesuaikan rasa. Ketepikan.
  5. Panaskan kuali leper. Sapu minyak masak.
  6. Pukul telur dengan sedikit garam.
  7. 3 biji telur ni dapat dua keping dadar ya. Jadi nasi akan lebih. Kalau nak buat semuanya kenalah lebihkan telur ya.
  8. Curahkan separuh telur tadi di atas kuali leper dan goyang-goyangkan hingga berbentuk bulat dan nipis.
  9. Letakkan sesenduk nasi goreng dan lipat kiri kanan, kemudian lipat atas dan bawah.
  10. Telangkupkan diatas pinggang, bahagian lipatan berada di bawah.
  11. Curahkan sos cili, nak sedap tambah mayonis  sikit.

Okey dah siap, nasi goreng pattaya.. mudah kan?? kan??..

Boleh buat tuk tengahari nanti ya.. sedap..sebenarnya masakan Thai ni.. kena dengan lidah orang kita.  Okey lah hingga jumpa lagi di lain waktu..

Selamat Mencuba..

Assalamualaikum..