FETUCINI CARBONARA

KEGEMARAN ADAM..


Assalamualaikum.. selamat pagi dan salam sejahtera.


Semalam tak sempat Ita nak updatekan blog, kebetulan ada temu janji dengan hospital dan tugas seharian menjadikan Ita sedikit sibuk mengejar date line yang semakin hampir.. hehehe..


Takpe..hari ini Ita korban sedikit masa untuk dapur maya Ita ini kerana Ita tak mahu tetamu Ita hampa dengan ketiadaan berita baru dari Ita. Lagi pun, Ita bukan boleh tinggal lama-lama sangat dapur maya Ita ini. Kerana disini lah, tempat Ita bebas bermain sesuka hati. Hubby memberi Ita peluang untuk bermain di sini. Haa.. kalau sebut saja pasal bermain..,  siapa yang tak suka kan. Namanya pun bermain.. tentunya sesuatu yang mengembirakan kita dan melekakan kita.. ya tak? Hmm.. bila kita suka dan bebas bermakna.. ia nya satu terapi untuk hati kita. Mengubat hati untuk lebih gembira, bila kita gembira, secara tak langsung hidup lebih tenang. Walau tak kaya, jiwa tenang adalah bentuk kekayaan jiwa yang kadang-kadang tidak dimiliki oleh orang lain.


Pagi ini Ita nak sharekan resepi yang Ita masak untuk anak-anak dan suami sebelum mereka memulakan aktiviti harian mereka. Adam dan adik lelaki Ita memang suka sangat dengan Fetucini carbonara ni. kakaknya pula, Avien.. bawa bekal ke sekolah, kerana minggu ni.. kelasnya memulakan kelas tuisyen seawal jam 7 pagi. Haa.., part ni memang Ita sanjung sangat..budi dan jasa cikgu yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi melihat anak-anak muridnya berjaya dalam pelajaran. Sesungguh, budi cikgu memang tak terbalas oleh oleh kami kaum ibu bapa.

Meh lah! Ita sharekan resepinya, panjang pulak rasanya coloteh Ita.. sedangkan banyak lagi kerja yang menunggu..

Oo ya.. lupa.. kawan-kawan dan adik-adik boleh klik DISINI untuk resepinya ya.. Ita pernah kongsikan dahulu.

Okey hingga jumpa lagi dilain masa.

selamat mencuba..

Comments

Popular Posts