FETTUCINI CARBONARA SALMON

MATA KAMI BIRU PAGI NI...





Assalamualaikum.. dah breakfast ke belum? Tentunya dah kan.. macam mana nak mulakan tugas kalau tak breakfast lagi.. Ita  bertukar taste sikit pagi ni.. saje jer nak suprisekan anak-anak. Pasta pulak yang jadi pilihan Ita untuk pagi ini. Ita memang jangkakan anak-anak memang sukakan pasta. Ringkas sajer.. tak rumit mana pun, pastu makanan berkhasiat pulak. Kurangkan fast food ya.. Tak elok kalau perut kita selalu di sogokkan dengan fast food. Ita sendiri pun cuba elakkan fast food untuk anak-anak. Banyak sangat yang menjadi keburukan kesan fast food kepada kanak-kanak dan juga dewasa. Kalau dulu orang-orang tua walaupun dah tersangat tua masih tetap sihat bekerja. Malah mereka tetap membanting tulang mencari rezeki hingga ke tua. Tapi tak pulak kepada generasi kini, disebabkan pemakanan mereka mendapat banyak penyakit tanpa mereka sedari.. Tu semua kerana kesibukan membataskan mereka untuk mendapatkan makanan yang sihat..

Sukalah Ita mengingatkan teman-teman dan Ita sendiri supaya menjaga pemakanan adalah amat penting. Alhamdulillah, Ita sukakan buah dan sayur-sayuran.. jadi Ita takde masalah dengan tak suka sayur. Anak-anak Ita memang liat sikit kalau sayur, jadi biasanya, Ita akan gandingkan dengan makanan yang mereka suka supaya secara tak langsung mereka makan jugak..

Pagi ini.. Ita sediakan Fettucini Carbonara Salmon. Resepi ini Ita olah sendiri, sebab Ita tak mahu beli carbonara yang dah siap. Kalau teman-teman nak cepat boleh gunan carbonara terus yang dari Prego tu. Ita malas nak suruh hubby beli jadinya Ita buah sendiri. Tak payah susah nak ke pasaraya.

FETTUCINI CARBONARA SALMON

Bahan-bahannya:

1 peket Fettucini
1 sudu besar mentega
200 gm brokoli hijau - hiris dan dicelur sekejap
1 batang lobak merah - hiris dan dicelur sekejap
2 keping ikan salmon
1 tin susu cair
1 tin cendawan ayam - Ita guna brand Champbell
1 biji bawang besar - cincang
4 ulas bawang putih - di tumbuk
1 sudu teh lada hitam - di tumbuk 
3 sudu minyak masak
200 gm sotong - direbus
200 gm udang - direbus


Cara-caranya:
  1. Rebus Fettucini hingga masak bersama mentega. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak.
  3. Masukkan bawang besar, kacau.. tunggu hingga layu, then baru baru masukkan bawang putih.
  4. pastu..masukkan susu cair. Kacau rata-rata.
  5. Masukkan pati kiub ikan bilis.
  6. Masukkan sup cendawan ayam yang dari tin tu. Kacau rata.
  7. Masukkan lada hitam. Perlahan kan api.
  8. Sementara itu, rebus ikan salmon, udang dan sotong hingga masak dan toskan.
  9. Hidang Fettucini bersama, sotong, udang, ikan salmon dan sayur yang direbus tadi.


Okey dah siap pun... fettucini kita. Ita memang tak letak garam dan gula tau sebab dah cukup masin. kalau anda nak tambah.., boleh tambah sendiri. Kurangkan manis dan masin dalam makanan ya.. dah tua-tua macam ni Ita kena jaga sikit pemakanan sebelum di hinggapi penyakit-penyakit yang tidak diingini.. Beringat sebelum kena ya. Ingat mencegah adalah lebih baik dari mengubat...

Assalamualaikum..

Selamat Mencuba..

Comments

Popular Posts