Friday, 31 January 2014

Ayam Masak Kari Hijau

Salam sejahtera semua.. Lama rasanya tak ke udara..dek kerana pc Ita buat hal.. Deman mogok gamaknye..he..he.. apapun alhamdulilah, kembali pulih akhirnya. 2-3 hari ini kesihatan Ita tak berapa baik sikit, ada deman, ada selsema, batuk dan ianya terasa amat tidak selesa. Sesekali terfikir jugak.. sikit je..nikmat Tuhan yang ditarik. Kita dah terasa bebannya..tak lagi ujian-ujian yang lebih besar. Apa pun kembalilah kita sedar, jika ujianNya kita terima bermakna kita adalah insan yang terpilih. Sentiasa ingat..Allah tak akan membebankan kita dengan ujianNya, jika tidak mampu menghadapinya. Setiap ujian yang diberikan sentiasa berpadanan dengan kemampuan kita.

Berbalik kepada resepi yang ingin Ita kongsikan kali ini ialah Ayam Masak Kari Hijau. A..aa..yang ni..memang ada pengemarnya yang tersendiri. Masakan ala Thai ini Ita mula mengecapinya 3 tahun lepas. Yang lucunya, Ita bukan makan di Kelantan, walaupun ianya masakan Thai,..tapi Ita menikmatinya di Kuantan bersama suami yang datang menjengok Ita disana.

Tapi bila Encik Suami kata sedap, kita pun mesti teruja nak mencari resepinya..aduhs..! lama sungguh nak dapatkan resepi yang diidam-idamkan ini. Ya lah..! nak tunjuk kat Encik suami..kita.. Semua yang disukainya kita nak cuba jugak ikhtiarkan... Akhirnya..pencarian Ita berakhir juga bila ada sorang makcik yang bagi resepi kat Ita selepas Ita berpindah balik ke Kelantan. Alhamdulillah..


Bahan-bahannya:

1/4 ekor ayam - yang sederhana besar
1 cawan santan pekat
2 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula halus
1.5 liter air
1 biji tomato dibelah 4
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

5 biji cili padi hijau
6 biji lada besar hijau
1 biji lada bengala hijau
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
4 biji bawang putih
5 biji bawang merah





Cara-caranya:
Ayam dipotong ikut suka ya..
Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi.
Masukkan serai, kacau hingga naik bau nya.
Kemudian, masukkan ayam, kacau biar rata. 
Tutup periuk dan biarkan hingga ayam empuk.
Bila ayam empuk, masukkan air.
Tunggu hingga mendidih, masukkan garam dan gula kemudian
masukkan santan, kacau tanpa henti.. slow2 je..
Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tomato.
Sesuaikan rasa. 



SELAMAT MENCUBA 

Ruzita Idias Ismail