Monday, 21 January 2013

MASAK LEMAK PETOLA

A


MASAK LEMAK PETOLA

 Bahan-Bahannya

1 Batang      Petola sederhana panjang
1/2 biji         santan kelapa
1 ekor         ikan kembung - rebus dahulu
4 biji           bawang merah
1 sudu kecil  lada hitam
2 biji           cili merah
1 1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya:
  1. Petola dipotong mengikut kesukaan.
  2. ikan kembung, bawang merah, lada hitam dan santan dikisar hingga hancur.
  3. masukkan kedalam periuk. Panaskan dan kacau perlahan-lahan tanpa henti.
  4. Masukkan petola. Kacau sekali-sekala hingga masak.
  5. Akhir sekali masukkan cili merah dan garam secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidang.