IKAN MASAK STIM

Tengahari tadi saya sediakan masakan yang agak simple juga, kebetulan banyak aktiviti hari ini. Hujung minggu biasanya dipenuhi dengan tuisyen anak-anak dan aktiviti menziarahi saudara mara. Masakan hari ini cukup simple iaitu IKAN MASAK STIM, SIZZLING TAUHU DAN SAMBIL TUMIS TEMPE BERSAMA PETAI.




IKAN MASAK STIM

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil garam
2 ulas bawang merah}
5 ulas bawang putih  }
2 inci lengkuas          }dimayang halus
1 inci halia                }
1 batang serai           }
2 biji asam boi
1 tangkai daun ketumbar- dimayang halus
1 biji cili merah}
1 biji cili hijau   } dihiris

Kaedah:

  1. Ikan dibersihkan, campurkan sos tiram dan garam lalu di sapukan pada ikan rata-rata.
  2. letakkan didalam bekas dan letakkan didalam pengukus.
  3. taburkan bahan-bahan yang mayang keatas ikan bersama asam boi.
  4. Kukus selama 30 minit atau sehingga ikan masak.
  5. taburkan cili yang dihiris dan daun ketumbar.







Comments

Popular Posts