KARI AYAM

Assalamualaikum..semua....

Alhamdulillah.., syukur kehadrat Ilahi kerana masih kita dapat menikmati kehidupan ini dengan seadanya. Permulaan yang amat menarik untuk tahun ini kerana dalam sibuk-sibuk kita menguruskan anak-anak sekolah..,tentu yang bermain difikiran ibu-ibu adalah apakah masakan yang akan dimasak untuk hidangan tengahari nanti. Ruzieta ingin kongsikan resepi masakan Ita hari ini..KARI AYAM...





KARI AYAM

BAHAN-BAHANNYA:

1/2 EKOR AYAM YANG SEDERHANA BESAR - DIPOTONG KECIL
4 ULAS BAWANG PUTIH}
5 ULAS BAWANG MERAH} DIMAYANG HALUS
1 CM HALIA}
2 TANGKAI DAUN KARI
3 SUDU BESAR SERBUK KARI
3 BIJI BUAH PELAGA
2 BIJI KENTANG YANG DIBELAH EMPAT
1 KUNTUM BUNGA LAWANG
1 BATANG(ANGGARAN 3 CM) KULIT KAYU MANIS
1 SUDU PERAHAN AIR ASAM JAWA
1 BIJI BUAH KERAS - DI KETUK
1/2 SUDU KECIL GULA HALUS
1 SUDU BESAR CILI GILING
1SUDU KECIL SERBUK PERASA
11/2 SUDU KECIL GARAM
4 CAWAN SANTAN
1 BIJI TOMATO DIPOTONG 2
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS


CARA-CARA:

  • Panaskan minyak. Bila minyak sudah panas..masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Bila naik bau, masukkan daun kari bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga.
  • Kemudian masukkan daun kari dan serbuk rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  • Biarkan serbuk kari tadi masak sedikit.
  • Bila naikbaunya,masukkan ayam dan kentang.
  • Perlahankan api dan tutup periuk..tunggu hingga ayam empuk.
  • Sekali-sekala kacau atau terbalikkan ayam dan kentang itu.
  • Bila ayam dan kentang sudah masak,masukkan santan dan cili giling.
  • Masukkan garam, sedikit gula dan serbuk perasa. Kacau lagi. (Slow2 je tau.. jangan la kacau laju-laju lak....)
  • Bila sudah masak,masukkan tomato yang dipotong tadi.
  • Sedia untuk dihidang untuk anak kita......

Maaf kerana takdapat sertakan gambar nya. Insyaallah lain kali ita akan serta gambarnya.


Ok..bye SELAMAT MENCUBA...


Comments

Post a Comment

Popular Posts